Saturday, February 4, 2023

Tapak Perkhemahan Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highlands 2023

Sebelum saya membuat catatan lebih panjang, saya nak buat satu penafian berkenaan Tapak Perkhemahan ini bahawa SAYA TIDAK KENA MENGENA DENGAN PENGURUSAN TAPAK PERKEMAHAN INI baik sebagai pengusaha atau agensi perlancongan. 

Yang saya lakukan sekarang adalah berkongsikan mengenainya berdasarkan kunjungan saya minggu lepas sebagai orang awam sahaja. Sebab apa saya  kena nyatakan, berdasarkan beberapa catatan terdahulu mengenai tapak perkhemahan ini saya mendapat pelbagai pertanyaan dan juga urusan nak menempah tapak perkhemahan ini. Apabila diterangkan ada yang marah, kalau bukan pemilik kenapa kongsikan kisahnya !!! Dia yang malas membaca kita pula nak kena marah .... mencarut juga saya dibuatnya...

Tapak perkhemahan ini adalah dimiliki dan diuruskan oleh PEJABAT HUTAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS.  

Baiklah saya singgah minggu lepas ke Tapak Perkhemahan Sungai Pauh ini selepas 2 tahun lebih tak ke sana walaupun jarak rumah ke sini hanya 3 km sahaja.

Pemerhatian saya, Pejabat Hutan Cameron Highlands telah banyak melakukan penambahbaik tapak perkhemahan ini. Antaranya ialah ....

1. Tapak khemah dinaiktaraf dengan platform lantai kayu sepenuhnya bagi memberikan keselesaan kepada semua yang berkhemah di sini. 

2. Kawasan tapak perkhemahan di pagar sepenuhnya bagi mengelakkan binatang buas dan juga pelanggan yang tidak menempah dan juga penceroboh atau pencuri aset.

3. Tandas dinaiktaraf dengan lebih baik.


4. Pokok-pokok yang tidak selamat atau berisiko sudah ditebang.


5. Tambahan kepada pondok memasak yang lebih banyak dan berbumbung.

6. Disediakan kereta sorong secara percuma untuk memudahkan mengangkut barang ke dalam kawasan tapak perkhemahan. Cuma kawasan parking kereta masih terhad dan perlu jauh sedikit berjalan. 

Jadi saya lihat ini semua sesuatu yang amat baik bagi memberikan pengalaman berkhemah dengan harga yang murah dan bersuasana yang lebih selesa dan selamat. 

Juga terdapat satu projek istimewa yang sedang dilaksanakan iaitu pembinaan chalet atau bilik sewa ala h****t... itu sahaja saya nak kongsikan kerana tak perlulah saya lebih sudu dari kuah untuk mendahului gambar-gambar projek tersebut dan lebih baik dan berhak adalah  Pejabat Hutan Cameron Highlands sendiri yang umumkan kelak.... projek orang kita pulak yang galak nak ke depan walaupun banyak juga gambar saya ambil di situ... sekadar simpanan sendiri sahaja... 

Oh ya, Khemah tidak disediakan dan perlu bawa sendiri ya.... jangan tanya iskh kenapa tak ada sewaan khemah dan sebagainya.... 

Bagaimana nak menempah tapak perkhemahan ini ?

Untuk menempah tapak perkhemahan di sini anda baca catatan awal saya di SINI... Klik ..PANDUAN PERMOHONAN SEWA TAPAK PERKHEMAHAN SUNGAI PAUH CAMERON HIGHLANDS.

Selebihnya saya kongsikan gambar-gambar sekitar persinggahan saya minggu sudah.... saya pergi 'mendenai dan 'memburung' dengan anak saya di sebahagian denai dari Kampung Taman Sedia....












Selamat berkhemah ya .... semua gambar di atas diambil secara curi-curi ya sebab tak mau kena marah..... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.