Saturday, February 4, 2023

Hiasan Lampu di Jalan Kuda Tanah Rata 2023

Saje saya nak gunakan nama  Jalan Kuda untuk catatan mengenai hiasan lampu di pokok-pokok di Tanah Rata. Lokasi yang kini dikenali sebagai Lorong Padang Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH). 


Kenapa saya gunakan Jalan Kuda? 

Saya pun tertanya-tanya juga bila MDCH keluarkan iklan tender menaiktaraf lampu hiasan di Jalan Kuda Tanah Rata. Selepas saya bertanya orang lama Cameron barulah saya tahu bahawa lorong sebelah padang ini dikenali sebagai Jalan Kuda kerana di sini dahulu adalah trek rekreasi menunggang kuda di mana terdapat aktiviti menyewa kuda dan akan dibawa melalui lorong ini. Namun aktiviti ini sudah terlalu lama tiada namun lorong ini namanya tetap dikenali sebagai Jalan Kuda. 

Berbalik semula dengan laluan ini, sejak beberapa tahun MDCH telah cuba menghidupkan lorong ini dengan aktiviti seperti car boot sale namun gagal. Kini MDCH telah menutup laluan ini untuk kenderaan dan dinaiktaraf sebagai trek basikal dan rekreasi tepi sungai bagi mengalakan gaya hidup sihat dikalangan penduduk tempatan. Ini lebih selamat kepada semua kerana sebelum ini, agak berisiko untuk berjalan, berjogging atau berbasikal kerana berselisih dengan motor dan kereta.

Tahun lepas, MDCH melangkah lagi selangkah ke depan dengan membuat hiasan lampu-lampu di setiap pokok pines atau rhu di sepanjang laluan ini. Awalnya hanya separuh sahaja namun pada tahun ini hampir lengkap semua pokok di sini. 

Saya menyokong langkah ini kerana boleh dijadikan sebahagian daripada lokasi tumpuan atau santai di waktu malam untuk penduduk atau lebih kepada pelancong di sini. 

Kita boleh melihat ramai yang bersantai berjalan di sepanjang laluan ini dan juga ada yang berpiknik di atas padang sebelahnya. Manakala kanak-kanak boleh bermain permainan berlampu yang dibeli di sini. Ada juga yang menawarkan sewaa scooter elektrik dan penjaga tandas di Taman Pertabalan juga menawarkan sewaan basikal. 

Saya mengharapkan ada lebih lagi aktiviti di sini. Mungkin car boot sale aatau food truck boleh dibawa masuk untuk memberikan lebih kemeriahan. 

Saya kongsikan sahaja gambar sekitar sini dari lensa kamera telepon sayan yang tak semengah mana.. nak ambil gambar orang nanti kena marah... abaikan model kecil yang ada dalam gambar ini ya...

Minta maaf kalau gambar tak menarik minat anda tapi cuba google gambar di google dan akan temui banyak gambar-gambar menarik hasil kamera telepon pengunjung lain yang lebih berkualiti ... 

 








No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.