Saturday, February 4, 2023

Street Food Truck @ Brinchang

Saya nak berkongsikan Street Food Truck yang terbaru bagi tahun 2023 dan masih berlangsung ketika saya kongsikan catatan ini. Perlu saya jelaskan, di Cameron Highalds terdapat beberapa anjuran pelbagai pihak untuk Food Truck atau Kendera Saji ini. Yang bulan 11 dan 12 2022  yanglalu telah berlangsung di Tapak Letak Kereta Brinchang. 

Terbaru, Food Truck kini beroperasi di laluan Lorong Bandar Brinchang iaitu bersebelahan dengan ARKEB CENTRAL MARKET BRINCHANG atau bertentangan dengan KFC Brinchang dan juga bertentangan dengan Hotel Jasmine. Mudah sahaja untuk anda cari kerana hiasan lampu-lampunya yang menarik.


Konsepnya jugak agak menarik dengan hanya pengusaha Food Truck dari  Cameron Highlands sepenuhnya yang berniaga di Street Food Truck ini dengan pelbagai menu pilihan dan pastinya banyak juga menu berkaitan dengan Cameron Highlands. 

Saya lihat ada food truck yang menjual jagung rebus dan bakar, keledek rebus dan pelbagai lagi produk pertanian yang dimasak panas-panas. 

Selain itu juga terdapat food truck yang menyediakan pelbagai masakan panas dan barat. 


Meja makan disediakan oleh pihak penganjur dan ini memudahkan juga untuk menikmati makanan di sini dibawah lampun hiasan dan bulan bintang serta kedinginan malam.

Saya kongsikan juga beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika melawat kawan saya di sini. 

Dan lokasi ini juga bersebelahan dengan ARKED CENTRAL MARKET BRINCHANG di mana terdapat jualan baju-baju Cameron Highlands serta pelbagai cenderahati. 


Selamat menjamu selera...

* Kalau tak silap malam Selasa mereka tutup....

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.