Saturday, February 4, 2023

I Love Brinchang 2023

Saya kena akui, Brinchang kini sedikit berwajah ceria dengan penambahan percahayaan sama seperti di Tanah Rata. 

Pekan Brinchang sememangnya menjadi pilihan pelancong sejak dahulu namun secara jujurnya sejak perpindahan pasar malam dari Pekan BRINCANG ke Golden Hills, Brichang sedikit muram dan ianya bertambah sunyi bilamana Prima Tanah Rata dibuka dan menjadi pilihan homestay.

Namun sejak tahun lepas, saya melihat usaha keras Majlis Daerah Cameron Highlands memberikan wajah baru kepada Brinchang dengan lebih pencahayaan dan juga aktiviti waktu malam seperti Food Truck. 

Antaranya lampu hiasan di jalan utama serta terbaru adalah Mercu Tanda kawasan iaitu I love Brinchang dibina di tengah bandar ini.

Bagi saya ianya perlu dan sangat berguna dalam memberikan nilai tambah kepada sudut pandang pelancong. 

Jangan terperanjat, saya pernah melihat beberapa kumpulan pelancong yang bergambar dengan pintu masuk Pejabat Pengurusan Air Pahang di Brincang semata-mata untuk kenangan bergambar dengan latar perkataan Cameron Highlands. Malah ada sekeluarga sekitar 6 orang turut pernah saya saksikan bergambar dengan begitu bergembira wajah mereka sambil menunjukan jari ke arah perkataan Cameron Highlands. 

Semoga BRINCHANG terus mendapat perhatian MDCH untuk penambahbaikan dari masa ke semasa.  

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.