Thursday, February 16, 2023

Dah boleh mendaki semula gunung-ganang di Cameron Highlands 2023

Saya nak berkongsikan info daripada Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang memaklumkan bahawa kini telah dibuka semula kebenaran aktiviti mendaki dan rekreasi di dalam Hutan Simpan Kekal yang terletak di dalam Daerah Cameron Highlands. 

Sumber ini saya perolehi dari laman Facebook JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG.

Juga barulah saya tahu beberapa lagi gunung-ganang yang terdapat di dalam Cameron Highlands beserta dengan beberapa lokasi bukit yang juga boleh didaki. Lokasinya saya tak pasti secara tepat tetapi bolehlah nak agak-agak untuk diri sendiri. 

Apapun terdapat dua buah gunung yang tidak berada dalam kawasan hutan simpan kekal  yang sering menjadi pilihan pendakian santai iaitu Gunung Jasar dan juga Gunung Perdah (walaupun bergela gunung, ianya tidaklah puncak gunung yang menarik didaki kerana hanya tinggal puncak akibat pembangunan di Golden Hill dan hanya berada diatas tangki air di sana).

Saya kongsikan sepenuhnya dari laman FB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.



PEMAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PEMBUKAAN KAWASAN PENDAKIAN DAN AKTIVITI REKREASI DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sukacita dimaklumkan bahawa kawasan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam HSK Daerah Cameron Highlands akan dibuka mulai 20 Februari 2023.
Semua pendaki adalah diminta untuk mendapatkan Permit Memasuki Hutan dari Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands bagi melakukan sebarang aktiviti di dalam HSK Daerah Cameron Highlands.
Kouta bagi setiap gunung di HSK Daerah Cameron Highlands adalah seramai 60 orang sehari tidak termasuk Malim Gunung. Pengecualian hanya diberikan di Gunung Berembun sahaja. Tiada pendakian bermalam yang dibenarkan.
Pendaki adalah digalakkan untuk mengunakan perkhidmatan Malim Gunung yang berdaftar dengan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands dengan nisbah 1:7.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.