Masa hantar anak ke Tadika di Perumahan Makmur Cameron atau dikenali sebagai Prima Tanah Rata, saya dapati sebanyak 21 buah bas pelancong sedang menunggu.
Prima Tanah Rata menjadi pilihan utama kepada penginapan apartment percutian bagi rombongan ke Cameron Highlands.
Bayangan hari khamis dan purata sebuah bas 40 penumpang x 21 buah bas.... Berapa buah apartment yang digunakan semalam untuk penginapan mereka. ...
Jom kira ya, congakan ringkas... satu bas 2 atau 3 ... 21 buah bas ... 42 hingga 66 buah apartment diperlukan.
Jom kira ya, congakan ringkas... satu bas 2 atau 3 ... 21 buah bas ... 42 hingga 66 buah apartment diperlukan.
Rezeki kepada pengusaha apartment percutian...
Tabahlah dan terima kasih kepada penduduk tetap di Prima. Rela atau terpaksa.. Berkorban atau terkorban??..
Jadi bagi pelancong yang datang bertandang ... dah orang memberi.. kenalah berbahasa ya ... jaga kebersihan, keamanan, kesejahteraan dan bertolenrasi.
Jadi ini juga jawapan yang bertanya di mana lokasi apartment percutian yg sesuai untuk rombongan anda, saya tak jawab di sini tetapi inilah realiti pilihan rombongan ke sini kerana mungkin unit baru dengan kemudahana lift, sesuai untuk parkir bas tanpa perlu mendaki bukit, pilihan 23 buah kedai makan, dobi layan diri dan juga di Tanah Rata.
Saya tiada apartment percutian ya .. jangan tanya berkaitan unit ... kalau ada owner apartment yang menerima rombongan boleh tinggalkan mombor dan iklan anda di ruangan comment.. FOC ...
Selamat bercuti .. kawan-kawan tempatan jangan kecam ya saya kongsi info ni...
Kalah Terminal Bas Tanah Rata gayanya ni...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.