Viral sejak sebulan ini adalah mengenai kek viral dari Gerai Kek Pak Tam. Ada beberapa pertanyaan mengenai kek di gerai ini namun saya selalunya tak akan menjawab dan memberikan reaksi jika tidak pernah ke sana.
Akhirnya rabu lepas saya berkesempatan ke sana itupun setelah anak saya mengajak kerana dia pun dah terkesan dan teruja dengan kisah kek yang viral ini.
Saya sekeluarga sampai sekitar 6 petang dan sedikit hampa kerana Pak Tam mengatakan keknya hanya akan sampai pada pukul 7 malam.
Tak apalah, kami sanggup menunggu kerana memang nak makan di Brinchang Cafe.
Jadi saya kisahkan dahulu mengenai Gerai Kek Pak Tam ni.
Lokasinya adalah di Brinchang ... Bukan di Tanah Rata ...
Ia bukan kedai kek yang khusus tetapi lebih kepada Kiosk Jualan di dalam Brinchang Cafe. Brinchang Cafe ini terletak di sebelah Pejabat Pos Brinchang.
Bersebelahan dengan Hotel Star Regency. Betul-betul di sebelah di simpang tiga nak ke Kea Farm dan masuk semula ke Pekan Brinchang.
Bertentangan dengan Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands yang bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas.
Gerai Kek Pak Tam dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.30 malam dengan penambahan stok pada pukul 8.30 malam.

Kalau tak dapat bayangkan, anda google maps atau waze aje lokasi Brinchang Cafe.
Dan melihat ramai sangat perempuan sedang mengerumuni jualan kek itu, saya pun hanya menghantar isteri saya sahaja dan hampir 25 minit baru kembali ke meja tatkala azan maghrib berkumandang dari Masjid Kayangan yang hanya 100 meter jauhnya.
4 potong besar kek dibeli dengan perisa durian, oreo, tiramisu dan lupa satu lagi. Dan ini hanya 4 jenis dari 30 jenis kek yang dijual dengan harga RM 13 setiap potongan, kalau beli dua potong RM 25 kalau 4 potongan RM 48 dan diletakan di dalam bekas makanan menjadikannya lebih tahan lama dan tak terpenyek.kalau terhempap.
Sedap kek yang dijual. Tidak Manis. Gebu dan saya memerlukan hingga hari ini untuk habiskan.
Maka saya memahami kenapa kek dari Gerai Kek Pak Tam ini menjadi viral....
Tahniah Pak Tam ...walaupun kita tak kenal sesama sendiri walaupun sedaerah ... kek anda memang sedap ...
Pak Tam boleh anda hubungi dengan menggunakan facebook beliau iaitu di sini : Klik atau cari Pak Tam.
Gambar bukan saya punya tapi dari facebook Pak Tam samada dari Pak Tam sendiri atau pelanggan yang tag dan berikan testimoni kepada nya..
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.