Ramadhan tiba lagi minggu hadapan. Insyallah.
Ada yang dah mula bertanya bagaimanakah sambutan Ramadhan di Cameron Highlands terutamanya adakah ianya mesra kepada pelancong muslim yang berpuasa.
Jawapan saya agak biasa-biasa sahaja. Namun jawapan ini adalah pemerhatian biasa yang berlangsung setiap tahun sejak 5 tahun kebelakangan ini semata.
Untuk tahun ini hanya selepas masuk minggu pertama akan saya kemaskinikan
Soalan-soalan yang diterima adalah :
S1 : Adakah kawasan perlancongan akan dibuka seperti biasa?
Ya. Semua dibuka seperti biasa namun ada yang akan menutup operasi mereka lebih kerap di hari bekerja kerana kekurangan pelancong.
S2: Adakah masih ramai pelancong akan bercuti di Cameron Highland di bulan puasa?
Jumlah pelanocng merosot dengan begitu ketara kerana majoriti pelancong adalah orang Melayu. Ini membuktikan pelancong Melayu mendominasi jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands.
S3: Adakah masih dibuka kedai-kedai makan untuk berbuka puasa?
Tahun lepas beberapa gerai makan di Arked Makanan di Tanah Rata dibuka untuk berbuka puasa. Juga beberapa restoran uang dibuka untuk pakej berbuka puasa namun terhad.Tahun ini belum dapat dipastikan lagi.
S4; Adakah pasar malam akan dibuka ?
Tahun lepas dan tahun-tahun terdahulu masih dibuka seperti biasa pada hari Jumaat dan Sabtu. Malah dua tahun lepas semasa bulan puasa di musim cuti sekolah bulan 3 juga dibuka selama seminggu tempoh musim cuti sekolah.
Untuk kepastian ada boleh menghubungi Majlis Daerah Cameron Highlands selaku penganjur Pasar Malam Cameron Highlands.
Namun jumlah peniaga makanan akan berkurangan kerana mereka menumpukan gerai di bazar Ramadhan yang mana lebih menjadi tumpuan penduduk tempatan.

S5; Di manakah Bazar Ramadhan berlangsung?
Hanya ada 2 Bazar Ramadhan dibawah kendalian Majlis Daerah Cameron Highlands iaitu di Kawasan Letak Kerata MDCH di Tanah Rata dan Kawasan Letak Kereta di Brinchang.
S6: Adakah hotel yang menganjurkan buffet berbuka puasa?
Ada. Setiap tahun selalunya hanya ada dua sahaja hotel yang menganjurkan buffet berbuka puasa iaitu Hotel COPTHORNE dan HERITAGE.
Namun mereka hanya menganjurkan pada hari Selasa hingga Ahad sahaja. Tahun ini masih belum diterima flyer tawaran buffet mereka. Mungkin dalam minggu ini. Atau mungkin tiada...
akan dikemaksinikan .. agak2 harga per pax naik tak tahun ini?
S7: Seronok dan selesa tak berpuasa di Cameron Highlands?
Nak tahu seronok atau selesa berpuasa di sini adalah tanya penduduk sini yang bercuti dan balik kampung untuk berpuasa di bawah.. macam apa rasanya ... kata mereka macam cacing kena panggang... Tapi memandangkan nak bepuasa dengan mak ayah dan nak mencuba pasar ramdhan 200 meter jauhnya maka perlu dihadapi.
Untuk anda pula cuba bayangkan anda bukak tutup bukak tutup peti sejuk di waktu tengahari sebab tak tahan panas... syok kan .. nyaman kan?
Jadi seronok tu susah nak jawab tapi selesa tu Insyallah lebih terasa ..

S8: Adakah ada masjid untuk sembahyang terawih.
Soalan ini sakit hati nak jawab. Ini Malaysia mestilah ada. setiap masjid di pekan-pekan di sini menganjurkan solat terawih.
Papua New Guinea sungguh soalan ini ..
S9; Pakej Hotel dan apartment percutian akan lebih murah di waktu bulan puasa?
Saya dengar-dengar macam tu lah. Tapi kena tanya hotel. Cuma sejak dua bulan ini saya dapati sudah ada pemilik apartment percutian menawarkan harga istimewa untuk bulan puasa kerana kekurangan permintaan. Kurang permintaan maka berlaku lebih penawaran. maka...Ekonomi 101...
Untuk hotel tawaran harga di luar musim puncak berlangsung terutama melalui di Apps mudah alih. .

S10; Waktu berbuka puasa lambat ke?
Kalau anda dari kawasan selatan tanah air akan terasa lambat. Kalau dari Utara Tanah Air terasa cepat.. Jawapaan ini berbentuk Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) untuk difahami.
Alamak lebih pulak 1 soalan ...
S11; Kalau tak puasa Pejabat Agama tangkap tak?

Cubalah tak puasa dan makan di khalayak ramai. nanti ada bagi tau jawapannya...
Saya akan kemaskinikan status terbaru untuk suasana berpuasa tahun ini... Yang atas ini jangkaan tahun ini berdasarkan tahun-tahun lepas.. miungkin ada perubahan.
Nak tahu pasal tahun-tahun lepas klik sahaja catatan lama di SINI atau SINI atau SINI atau SINI atau SINI atau rangkuman Suasana Berpuasa di Cameron Highlands pada tahun lepas di SINI .
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.