Sunday, November 18, 2018

Saya menentang ICERD ....


Saya Melayu dan menentang ICERD dan saya tetap menyokong mana-mana pihak yang menentangnya.

Saya sokong kenyataan Saudara Roslan Ab Hamid  ini. 

Saya rasis pada anda? Saya tak peduli. 

*******
ISU ICERD
.
1. Sahabat bertanya . "Tuan diam sahaja apabila isu ICERD berkumandang". Saya baca dan faham ICERD. Cuma tidak mahu menjerit laung lagi. 
.
Looooh-gi-larr. Tidak mahu terlibat menyalakan api permusuhan antara bangsa dalam negara. Inter ethnic. Merdekakan diri dengan ilmu bukan dengan emosi sempit melulu.
.
2. Jawapan mudah - majoriti rakyat sudah buat keputusan mahukan kerajaan Harapan ini. Dan apabila kerajaan ini lantik Mr Waythamoorthy sebagai senator dan menteri maka kita sudah dapat menghitung bilang ujung kisah perjuangan Hindraf. Melantik manusia emosi berapi yang sentiasa mahu menyalakan api perang yang tidak aada berkesudahan. 
.
3. YB Senator ini kata dia generasi ke 4 masyarakat India yang dianaktirikan dalam negara kelahiran sendiri. Kelompok 7.2 % (2.3 juta) dalam negara yang merasa terpinggir dan teraniya. Sepanjang merdeka, dia kata "dijangkakan 10,000 kuil telah dimusnahkan". Tinggal berbaki 23,000 kuil sahaja lagi. 
.
4. Cara dia membakar api perbalahan ketara. Tahukah dia matematik mudah? 23,000 kuil yang masih ada untuk 2.3 juta rakyat Malaysia kaum India. Bermakna satu kuil  untuk 100 orang. Apakah YB mahu satu kuil untuk 10  orang? 
.
5. Cakap cakap "membakar api permusuhan kaum" seumpama ini telah lama kedengaran. Sekarang dia ada di persada kuasa. Dia berhak untuk buat apa sahaja.
.
Kita berada dalam jaman edan. Di sebalik serabutnya masing-masing pemimpin kaum cuba membuktikan kelompok mana yang datang dulu ke negara ini, maka di situlah mulanya "perang tanding" siapakah jaguh pejuang bangsa masing masing. 
.
6. Branding Melayu yang memerintah masa lalu adalah umpama Nazi di Germany. Yang mengorbankan satu kaum demi ketuanan kaum yang lain. Ini sungguh bahaya. Kebencian merata hingga hilang punca. Kemarahan pada kerajaan lalu, hingga kita lupa pada perkara pokok dalam perlembagaan.
.
7. Ratifikasi ICERD, katanya tidak akan ubah Perlembagaan Negara. Namun jelas dan nyata, ini langkah awal memandulkan akta akta yang sedia ada. Tekanan dunia akan bermula apabila kita buka jendela untuk orang intai masuk.
.
8. Ada kawan kata, jangan ambil hak orang. Siapa ambil hak siapa?  Negara Bangsa  ini telah berkorban memberikan kerakyatan kepada atuk dan nenek  YB Senator Waythamoorthy pada malam 30 Ogos, 1957 atas dasar baik sangka dan tolerasi Melayu demi memerdekan negara dari British. Kita merdeka dari  kuntuman rasa yang segar dari 3 pohon bangsa yang serasi mesra.
.
9. Itu dulu. Sekarang, terpulang lah. Anak Melayu yang telah pintar terdidik mahu kesamarataan hak. Berikan. Saya juga telah menyiapkan keluarga untuk bersaing sama rata sama rasa. Orang putih kata , "Bring it on".
.
10. Peduli apa pada rakyat dan orang kampong. Peduli apa pada orang FELDA dan mereka yang dapat banyak bantuan dari MARA, TEKUN, AIM dan umpamanya. Kita telah lepas dan kita bercakap seolah kita adalah kalis pada kemiskinan masa lalu dan sentiasa ada "batas suci" yang perlu kita angkat tinggi.
.
11. Biarkan orang kampung yang terpinggir itu, pandai pandai lah mereka. "Semua ini salah Najib Razak yang songlap 1MDB. Tun kan ada..." Jika inilah cara kita berfikir, kita sedang menempah sengsara. Bakal menggali kuburan besar untuk bangsa.
.
12. Ooooh ya, berdasarkan kiraan yang sama, ada 23,875 masjid dan surau dalam Malaysia. Orang Melayu pula berjumlah 17. 45 juta.  Nisbah 1 Masjid : 731 orang Islam. 

13. Apakah ini sama rata sama rasa . Poorahhhh. Sampai hak berkhitan bayi perempuan orang Islam pun dipersoalkan. Fakta nyata, "ia bukan Female Genital  Mutilation". Ia lain. .
.
Sudah gaharu cendana pula Kak Wan. Sudah  tahu bertanya pula? Jangan demi kuasa, kita sanggup gadai segalanya.

Roslan Ab Hamid
Ketereh, Kelantan.
18 November, 2018

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.