Thursday, June 14, 2018

Pasar Malam Cameron Highlands di cuti Hari Raya


PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS.

Saya ditanya adakah pasar Malam Cameron Highlands akan dibuka sepanjang cuti sekolah musim raya sekarang ni terutamanya selepas raya.... 

Saya tanya kawan saya yang kerja di MDCH .. dia kata memang dibuka. 

Cuma katanya sebelum raya tak ada orang... Hati raya pertama peniaga melayu yang meniaga makanan  tak buka lagi.. dan raya kedua dan seterusnya barulah peniaga Melayu akan berniaga. 

Kepada kawan saya tu saya ucapkan selamat bertugas di Pasar Malam tu... katanya sehingga malam raya keenam jadual tugasannya .... kipidap... anda semua wira yang tak didendang.... 

Jadi sebagai orang awam, kalau anda beli kuih muih tu, beli la satu untuk kawan kawan penguatkuasa MDCH yang tak cuti beraya bagi memastikan kawalan trafik di pasar malam tu lancar dan memudahkan semua pihak....  saya cadangkan aje.... moga ada yang menyokong.... 

Errrrr gambar atas ni  tak de kena mengena.. saya dah masuk raya tahun kedua tak singgah ke pasar malam tu .... tengok tv lebih beat dari layan jem nak ke sana.....

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.