Stesen Mardi tutup??? Yang lain macam mana. Jalan kosong la kami nanti.....
Ini adalah pertanyaan yg saya terima selepas kongsikan status awal tadi...
Jawapan saya mengikut rasa saya .. yg saya dengar aje la.. bukan lidah rasmi mereka2 ini:-
1. Bharat Tea Shop
Tak pernah mereka tutup sehari pun sepanjang saya ulang alik depan Tea Shop mereka. Cuma seingatan saya mereka tutup 3 hari sahaja dua tiga tahun lepas selepas imigresen serbu dan tahan semua pelayan warga asing mereka sebab salahguna permit kerja yakni pertanian bukannya perkhidmatan.
Ini dikira kiosk 365 hari dibuka sama seperti KFC, MARRYBROWN, STARBUCK, UNIT KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH HAJAH KALSOM, BOMBA , POLIS, PETRONAS, SHELL, MESIN-MESIN ATM, BAS EKPRESS, MAMU ISMAIL dan sewaktu dengannya.
2. BOH tea shop.
Ikut penyataan operasi mereka adalah setiap hari kecuali Isnin. Kecuali yg lagi satu adalah cuti sekolah dan public holiday akan dibuka setiap hari.
3. Kea Farm
Pengalaman saya adalah majoriti peniaga adalah berbangsa Cina dan kalau cuti tahun cina pun mereka masih buka inikan pula cuti raya puasa.
4. Big Red Strawverry
Pemiliknya berbangsa India dan pekerjanya pun berbangsa asing dan campuran tempatan.
5. Strawberry Taman Sedia
Pemiliknya 100 peratus orang Melayu. Jadi saya tak pasti bukak ke tidak... cer komen Tuan Mohd Yusoff Satar... Ros Chalet dan yang lain-lain.....
Itu sikit aje.. yg lain bagi orang berkenaan komen atau anda hubungi pihak terbabit untuk makluman rasmi..
Saya bukan saluran rasmi Tourismn Cameron ya....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.