Friday, March 16, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands:Streaked Spiderhunter

dari sudut ini, muncung panjangnya tidak jelas kelihatan. 
Saya geram dengan burung Streaked Spiderhunter ini sebab dah beberapa kali saya nak ambil gambarnya tetapi tak berjaya.

Nama tempatan dikenali dengan panggilan BURUNG KELICAP JANTUNG GUNUNG. Klik laman ini untuk perinciannya. KLIK atau KLIK

Ada sahaja yang menghalangnya antaranya tak bawa kamera masa dia ersantai depan mata, dah bawa kamera jauh sangat duduknya atau singgah sekadar dua tiga saat sebelum terbang semula.

Paruhnya panjang dengan dadanya berwarna belang hitam putih dan bulunya bewarna kuning. Burung ini sederhana saiznya sekitar 20-30 cm dan bergerak dari satu dahan ke dahan dengan cepat. Kalau dia nak bertengek, dia bertengek di bahagian atas pokok.

Namun gambar diatas dari sudut depan sahaja, saya akan cuba mendapatkan dari sudut tepi supaya kelihatan paruhnya yang panjang dan nampak unik burung ini. 

Tak apa, pelan-pelan saya buru beliau. Tak ke mana tu. Harap-harap la.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.