Thursday, March 15, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Taiga Flycatcher

Burung bewarna putih di bahagian dada dan dibahagian belakang badannya ini saya temui di Lembah Bertam.

Carian saya di internet menghampiri ciri-ciri TAIGA FLYCATCHER dari laman AVIBASE. Klik SINI.


Manakala bagi panggilan tempatan ianya dikenali sebagai BURUNG SAMBAR API BUKIT atau juga BURUNG SAMBAR LEHER MERAH.


Saya tak pasti adakah ianya betul kerana kemungkinan gambar ini atau namanya mungkin merujuk kepada sub spesis.

Namun buat permulaan saya kaitkan BURUNG TAIGA FLYCATCHER sebagai namanya.


Burung ini amat kecil saiznya. Sekitar 10-15 cm rasanya. Ianya juga amat lincah untuk terbang ke sini ke sana dan kelihatan jinak.


Lensa kamera saya terlalu jauh untuk menangkap lebih perincian warna bulunya. Jadi apa yang saya kongsikan ini adalah seadanya sahaja ya.
 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.