Friday, March 16, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Chestnut-capped laughingthrush

Burung CHESTNUT-CAPPED LAUGHINGTHRUS ini saya temui kembali di tempat yang hampir sama semalam. Namun kemunculannya secara tiba-tiba di hadapan pejabat saya ketika kamera tiada bersama saya. 



Namun rezeki saya ada sebab agak lama dia bertengek di situ sekitar 3 minit sebelum terbang. Tetapi sayangnya setting kamera saya terlalu 'KELAUT' overexposed sebab takut dia terbang semula selepas saya berlari ke kereta mengambil kamera. Asalkan ambik aje gambar.



Tak apa. Saya percaya ini adalah kawasan mainanya setiap hari. Insyallah kami berjumpa lagi nanti.
Pangilan tempatan bagi burung ini adalah BURUNG RIMBA MATA PUTIH atau BURUNG RIMBA GENTING.



Burung ini dikategorikan sebagai burung montane iaitu burung dipergunungan dan selalu dijumpai di Genting Highlands, Bukit Frasser dan Cameron Highlands.  



Manakala subspesisinya juga boleh ditemui di kepulauan Borneo iaitu Chestnut-hooded Laughingthrush

Sumber perinciannya boleh anda lihat di SINI dan SINI.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.