Yang biasa ke Bharat Tea Shop 2 di Jalan Tanah Rata ke Ringlet biasanya akan berhenti untuk mengambil gambar kerana ianya terletak di tepi jalan besar.
Pastinya anda akan turun ke celahan pokok tea di tepi jalan ini walaupun dah pukul 6 petang yakni selepas Tea Shop 2 tutup. Tak ada masalah.
Namun minggu ini pemilik Bharat Tea Plantation dah mula pasang pagar keselamatan sehingga ke laluan bertangga untuk turun ke pokok teh.
Maksudnya anda tidak boleh lagi ke celahan pokok tea sebelum ini tanpa melalui pintu masuk utamanya. Manakala laluan pejalan kaki dan tangga telah dinaiktaraf dengan konkrit pemegang besi. Manakala satu pentas tinjau turut dibina di bahagian bawah untuk bergambar.
Mungkin untuk menjaga pokok teh di kawasan tersebut dari terlalu ramai masuk ke sana.
Adakah mungkin akan dikenakan bayaran untuk masuk pokok tea macam di Tea Shop 1 yang perlu membayar RM 2 seorang atau RM 10 jika menggunakan buggy untuk ke taman air terjun buatan mereka.?
Itu saya tak pasti. Esok lusa adalah yang akan kongsikan kisah mereka ke sini.
Adakah mungkin akan dikenakan bayaran untuk masuk pokok tea macam di Tea Shop 1 yang perlu membayar RM 2 seorang atau RM 10 jika menggunakan buggy untuk ke taman air terjun buatan mereka.?
Itu saya tak pasti. Esok lusa adalah yang akan kongsikan kisah mereka ke sini.
Apapun yang akan berlaku, pemilik tanah boleh membuat apa sahaja tindakan yang difikirkan perlu untuk menjaga aset mereka atau bertujuan perniagaan.
Anda sebagai pelancong, kalau kena bayar, sanggup ke? Ke nak FREEEEE sahaja... semuanya,...
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.