Burung ini adalah 'Stripe throated bulbul' yang saya temui di Tanah Rata, Cameron Highlands namun sekitar kurang 10 saat sahaja sebelum ianya terbang semula menjauhi saya.
Ianya adalah dari kumpulan keluarga burung merbah yang banyak dan boleh ditemui dengan mudah di Cameron Highlands.
Burung ini dikenali dengan panggilan tempatan sebagai BURUNG MERBAH KUNYIT atau ada juga yang memanggilnya sebagai BURUNG MERBAH LURIS LEHER.
Maklumat lanjut mengenai taksanomi burung ini saya kongsikan dari laman web AVIBASE di SINI.
Saya ingatkan ianya burung kelicap emas... salah rupanya..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.