Jangan marah saya sebab saya kongsikan lagi burung yang sama yakni Spotted Dove atau terkukur atau juga dikenali sebagai merbuk.
Nak buat macam mana , ini sahaja burung yang kerap saya temui di tempat kerja saya. Cuma lokasinya berbeza memberikan perspektif gambar yang sedikit berbeza.
Sebenarnya saya menunggu burung Assian Glossy Starling jika ianya datang kembali di lokasi semalam tetapi nampakanya si terkukur ini pula yang menyinggah dan menyantuni saya dengan aksi jinaknya.
Tapi biasalah, jinak-jinak terkukur, makan ditangan, ditangkap lari... tangkap pakai kamera pun dia lari jugak tapi cukuplah peluang nak mengambil gambarnya sekitar 2 hingga 3 minit berbanding burung-burung lain yang selalunya sekitar kurang 15 saat sahaja menyinggah.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.