Seperti dijangka, Pakej cuti Maulidur Rasul iaitu bermula Jumaat bersambung dengan hujung minggu dengan ditambah cuti sekolah, SPM dah habis dan paling utama selepas gaji menyebabkan Cameron Highlands mengalami kesesakan yang amat teruk.
Saya sendiri terperangkap dalam kesesakan di laluan yang jarang berlaku kesesakan iaitu Persiaran Dayang Endah yang tidak bergerak sejauh 500 meter dari simpang utamanya.
Dan kalau melihat dari laman facebook komuniti Cameron Highlands, rata-rata berkongsikan kisah kesesakan yang dialami mereka dari Tanah Rata ke Brinchang dan ke Kea Farm serta menjangkau ke Tringkap dan ada kawasan yang melibatkan kesesakan dalam kedua arah.
Perjalanan sepuluh minit menjadi lebih dua jam.
Berbaloikan percutian anda ketika ini? Tanya aje ni.... saya tanya aje....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.