Untuk catatan ini, saya kongsikan TIPS MEMILIH APARTMENT PERCUTIAN kerana seringkali saya mendapat pertanyaan bagaimana keadaan apartment ini dan itu. Selalunya yang bertanya adalah kawan-kawan dan juga yang pembaca di blog saya ini.
Mereka membaca beberapa catatan yang telah saya kongsikan termasuklah catatan nombor-nombor pemilik apartment yang saya kongsikan.
Walaupun telah jelas saya nyatakan ianya sekadar membantu mengumpulkan koleksi pengusaha apartment percutian semata-mata tanpa ada sebarang hubung kait dengan saya, mereka tetap bertanya itu dan ini.
Saya seringkali bersangka baik, mereka ini mungkin sebahagian daripada pembaca Utusan Malaysia yang akan menghubungi Utusan Malaysia bila mana membaca mana-mana iklan di dalam surat khabar untuk bertanya lebih lanjut dan bukannya bertanya kepada pengiklan yang lengkap bernombor telepon di situ. Atau mereka adalah yang selalu akan telepon TV3 sebaik sahaja menonton Majalah 3 untuk mengetahui bagaimana nak membeli petai dari segmen 'Si Penjual Petai di Jalan Tapah' walaupun jelas Majalah 3 menyiarkan kisah kehidupan si penjual petai sahaja. Sabor aje la yaaaa.....
Berbalik kepada Tips Memilih Apartment Percutian di Cameron Highlands pula, saya ringkaskan seperti berikut.
JENIS PENGINAPAN:
Anda perlu memilih apakah jenis penginapan yang anda inginkan. Jangan ambil sahaja tetapi kemudian tidak menepati keperluan anda.
Terdapat beberapa pilihan jenis penginapan di sini seperti ;
MAKLUMAT PEMILIK APARTMENT:
Anda perlu memilih apakah jenis penginapan yang anda inginkan. Jangan ambil sahaja tetapi kemudian tidak menepati keperluan anda.
Terdapat beberapa pilihan jenis penginapan di sini seperti ;
- Apartment Percutian 3 bilik
- Apartment Percutian studio
- Homestay (lebih kepada kampungstay)
- Rumah Teres
- Rumah Banglo
- Domitori
MAKLUMAT PEMILIK APARTMENT:
Untuk mengetahui maklumat pemilik apartment percutian yang menawarkan khidmat sewaan harian, ada beberapa sumber yang anda boleh ikuti dan memperolehi maklumat terbabit seperti;
- Laman Fecebook komuniti terkenal seperti Cameron Highlands Group mempunyai ratusan ribu pengikut dan ramai pengusaha apartment sentiasa menawarkan perkhidmatan apartment mereka. Lebih mudah dan lebih boleh dipercayai kerana terdapat testimoni dari sei bekas pelanggan mereka.
- Laman Mudah.my
- Agak ada keraguan kerana banyak isu timbul kerana ianya komunikasi dua hala sahaja di antara anda dan pemilik berbanding di facebook yang boleh mendapat reaksi secara meluas.
- Laman Blog
- Dah semakin suram sedikit blog peribadi pengusaha apartment kerana ledakan maklumat dan audien lebih kepada fecebook setakat pemerhatian saya.
Elakan berurusan dengan 'Orang Tengah atau Runner' kerana biasanya lebih mahal dan apartment percutian kadang-kala diubah tanpa pengetahuan. Tapi ramai juga runner atau orang tengah yang jujur dan sangat baik perkhidmatan mereka.
Dapatkan maklumat dari pemilik apartment seperti gambar apartment dan sebagainya sebelum meneruskan urusniaga tempahan anda.
Dapatkan maklumat dari pemilik apartment seperti gambar apartment dan sebagainya sebelum meneruskan urusniaga tempahan anda.
LOKASI APARTMENT
Pilih dahulu lokasi anda sebelum mencari apartment. Buat homework di mana anda nak menginap dengan kelebihan yang anda inginkan seperti kemudahan untuk bergerak dan jarak perjalanan anda kelak.
Contohnya;
- Depan Pasar Malam
- Dekat Kedai Makan Muslim
- Dekat dengan kawasan lawatan
- Dekat dengan kemudahan kesihatan
- Kawasan tidak sesak
- Bukan kawasan yang tidak sesuai dengan bayi berusia sebulan.
KEMUDAHAN APARTMENT
Pastikan anda dapatkan apakah kemudahan yang terdapat di apartment yang ditawarkan. Tanya secara terperinci dan buat permintaan anda sebelum ke sana bukan sebaik sampai di sana sebab pemilik apartment akan susah untuk penuhi permintaan last minute anda itu.
Yang tak ada disediakan anda dah boleh buat persiapan sendiri untuk menambahnya supaya memudahkan anda.
Jika ada orang tua atau OKU dalam rombongan anda, dapatkan apartment yang sesuai. Jangan nanti dah sampai dapat tingkat 4 anda akan mengeluh kerana ada ahli keluarga yang berkerusi roda dan mula meminta untuk dipindahkan ke unit bawah. Mana nak cari last minute dan pemilik apartment bukan ada unit yang banyak.
Yang lain saya tambah kemudian... pergi kerja dahulu ya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.