Tadi, saya sempat singgah sekejab ke Padang MDCH selepas saya tertarik untuk melihat aksi memanah di sana semasa pulang dari kerja.
Harus diingat, saya bukan salah seorang penganjur malah tidak terlibat langsung. Jangan tanya saya soalan berkaitan dengan pertandingan ini.
Apapun yang menarik sembang-sembang dengan peserta tadi, ada yang datang dari Kuala Perlis, Perlis dan juga Kota Bahru, Kelantan serta dari Tanjong Malim, Perak semata-mata untuk pertandingan ini.
Cuma dari sembang-sembang dengan penganjur, kategori wanita habis awal kerana kekurangan sambutan dan penyertaan peserta wanita. Cepat sikit perjalanan atucara bagi kategori wanita.
Apapun tahniah kepada penganjur dan peserta yang terlibat. Anda memberikan peluang kepada saya untuk melihat aksi memanah dengan lebih dekat dan peluang merakamkan aksi pemanah.
Koleksi gambar saya hari ini ada dikongsikan dalam facebook mrkumai.blogspot dan laman facebook halaman mrkumai.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.