Selama ini saya tidak pernah ke Ladang Anggur di Blue Valley yang dimiliki oleh KC Kwang and Son Grape and Tomato Farm. Selalu sangat kawan-kawan tanya itu dan ini berkenaan kebun anggur ini selain kebun anggur di Lembah Bertam.
Ia terletak di BLUE VALLEY iaitu bahagian Timur Cameron Highlands menuju ke sempadan Lojing, Kelantan.
Kelmarin saya sempat ke sana bersama keluarga dan saya kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Bangla yang bekerja di situ dan pemerhatian saya sendiri
JALAN MASUK
- Masuk Percuma.
- Jalan masuk berkeadaan baik dengan permukaan konkrit dan sesuai untuk semua jenis kenderaan sekitar 250 meter dari jalan utama
- Kawasan letak kereta landai dan luas.
- Laluan masuk ke plot tanaman landai dan berbumbung dan sesuai untuk semua peringkat, warga emas, kanak-kanak atau OKU berkerusi roda.
- Waktu operasi lupa nak tanya tapi saya rasa 9 pagi hingga 6 petang iaitu waktu pejabat mereka dibuka setiap hari.
PLOT TANAMAN:
- Semua pokok anggur di tanam di dalam rumah plastik sepenuhnya. Tiada masalah jika hujan.
- Terdapat 11 blok atau plot tanaman anggur di situ.
- Pokok anggur sekitar 9 hingga 10 tahun usianya. Rasanya betul sebab 10 tahun lepas masa saya ke sini, ladang ini baru dibina atau masih dalam pembinaan.
- Yang sedang berbuah sekitar 3-4 plot tanaman.
- Tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan plot tanaman yang lain.
JUALAN ANGGUR:
- Buahnya dari jenis blackcurrent sebab berwarna hitam dan berisi dan berkulit tebal, berbiji dan agak berjus rasanya.
- Tidak boleh memetik sendiri seperti di Kebun Anggur Bertam Valley
- Tidak dibenarkan menyentuh buah anggur.
- Jualan anggur hanya di buat di pejabat mereka yang bertentangan dengan plot tanaman.
- Dipasarkan dengan Jenama KYOHO GRAPES
- Harga ditawarkan RM 15 setengah kilogram yang telah siap dibungkus.
- Kata si Pekerja Bangla, ianya ditanam secara organik.
- Anda boleh juga membeli sayuran lain produk dari kebun KC Kwang and Son di situ.
Harapan saya catatan ini membantu untuk anda ke Ladang Anggur ini.
Catatan awal saya mengenai ladang anggur ini, dibawah:
- Ladang Anggur KC Kwang and Son dibuka untuk kunjungan
- Panduan Perjalanan ke Ladang Anggur KC Kwang, Blue Valley
Semoga catatan ini membantu.
Untuk catatan ke Kebun Anggur Bertam Valley pula, musim anggurnya juga sudah bermula dan mulai dibuka untuk kunjungan pelancong.
Untuk catatan ke Kebun Anggur Bertam Valley pula, musim anggurnya juga sudah bermula dan mulai dibuka untuk kunjungan pelancong.
Peringatan Penting : Saya tiada kena mengena dengan pemilik dan pengurusan kebun anggur ini. Hubungi mereka (GOOGLE AJE ) untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tambahan itu dan ini atau kenapa ekk ...
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehow to apply job inladanh anggur as my son has experienced working in grapes farm in Australia.
ReplyDelete