Friday, July 28, 2017

Jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam

Terajin nak menjawab soalan tambahan mengenai jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam sebab ada yang masih bertanya sesuai ke nak bawak kanak-kanak, bayi, orang tua dan sebagainya.

Catatan terkini saya mengenai kebun anggur yang dah mulai dibuka kembali adalah di SINI


Saya tak nak menjawab secara berlebih-lebih sebab dah rasa macam ada 'share saham perkongsian' pula dengan Kebun Anggur ini walhal saya tiada kena mengena. Cuma jarak tempat kerja saya ke sini dalam 2 km lebih saje. Itu yang tahu sikit tu. 

Tapi dah ada yang bertanya, bantu sampai di sini ajelah ya. Saya tak bertanggungjawab ya jika ada apa-apa berlaku. Saya kongsikan cerita aje ni.

Beginilah kisahnya laluan masuk tu.....
  • Jalan Masuk dari tepi jalan bersebelah Joo Huat Nursery adalah secara sekadarnya berkonkrit untuk kegunaan kebun sayur mereka. Tak payah tanya kenapa eh jalan macam tu.... kenapa yeeeeee...
  • Turun bukit dari tepi jalan sebelum anda akan melintasi Sungai Bertam dengan jambatan yang ada sejauh 30 meter sebelum berjalan landai ke plot tanaman berbumbung plastik sejauh 20 meter dan selepas itu 40 meter seterusnya adalah sedikit mendaki. Ambil laluan tepi bertangga. 



  • Seterusnya melalui kawasan kebun plastik bersebelahan dengan plot tanaman bunga kekwa sejauh 93 meter. Ambil masa tangkap gambar di celahan bunga kekwa ini yang baru bertukar warna kuning. 
  • Selepas itu anda akan sampai di Rumah Pekerja berhadapan dengan Plot Anggur 1 yang kini ditutup kerana bukan musim berbuah. Plot yang dibuka adalah plot 2 bersebelahannya sahaja. 



Jarak dari tepi jalan ke plot 1 dan 2 adalah 200 meter sehala. Saya ringkaskan seperti ukuran laluan  di bawah ini. 


Jadi anda buatlah keputusan sendiri sesuai ke tidak nak membawa rombangan anda ke sana. 

Errr yang ini jalan masuk, tapi nak ke sana macam mana pula... saya dah kongsikan PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM .

Harap membantu.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.