Saya suka melihat gambar-gambar lama termasuklah gambar lama berkaitan dengan Cameron Highlands.
Saya dah lama tengok gambar ini di laman ipohtalk.com yang mana terdapat beberapa kiriman gambar lama sekitar 1959 seperti gambar dibawah ini.
Saya tiada kisah yang dapat saya kongsikan dari gambar lama ini kerana baru 10 tahun di sini namun saya percaya ada dikalangan pembaca saya yang tahu kisah disebaliknya dan mungkin boleh berkongsi sama selepas melihat gambar lama ini.
Kredit sepenuhnya kepada pemilik-pemilik gambar ini terutamanya di ipohtalk.com.
Gambar 1 terkini :
Pekan Tanah Rata telah berkembang dengan kawasan paya dihadapan barisan kedai ini telah dibangunkan dengan bangunan kedai. Gambar ini saya rasa dirakamkan di Puncak Gunung Mentigi yang berketinggian 1890 meter dari aras laut.
Gambar 2 terkini :
Telah bertukar beberapa kali dari Federal Hotel sehingga terkini menjadi Hotel Planter.
Gambar 3 terkini :
Masih bernama Mt Vernon Bungalow iaitu di hadapan Simpang Jalan Padang Golf sebelum Pekan Brinchang.
Gambar 4 terkini :
Pemandangan ini masih boleh dilihat dnegan perubahan kedai namun bentuknya tidak berubah termasuklah Pejabat Pos. Terkini Pejabat Pos Tanah Rata sedang diubahsuai bahagian depannya dan laluan pejalan kaki dihadapan kedai dari hujung ke hujung memberikan lebih keselesaan dan suasana santai malam yang menghidupkan pekan ini.
Gambar 5 terkini :
Bangunan Kelab Golf ini sudah tiada dan digantikan bangunan terbaru sejak tahun 2008. Merlin Hotel diseberangnya juga sudah bertukar kepada Cameron Highlands Resort.
Gambar 6 terkini :
Ini sangat istimewa kerana suasana penempatan Orang Asli pada tahun 1959 namun tidak dinyatakan dari mana lokasi gambar ini diambil.
Mungkin anda ada kisah yang lebih terperinci untuk dikongsikan bersama.
Gambar 1 diambil dari Istana Lama, Tanah Rata.
ReplyDelete