Kalau tak silap saya, tiga bulan lepas saya ada kongsikan acara larian anjuran Copthorne yang dinamakan 18 Degree Run.
Hujung minggu ini, Ahad 24 July, edisi 2016 atau kedua larian ini kembali dan dikhabarkan sekitar 1,500 peserta akan menyertai larian ini.
Istimewa larian ini adalah laluannya yang melibatkan kebun sayur tradisional dan juga kawasan "farm land off road" yang menarik kerana melibatkan laluan yang jarang dilalui oleh pelancong.
Cameron Riders diberikan kesempatan untuk mencuba laluan 11 km ini pada minggu lalu dan akan menyertai peserta sebagai marshall dan juga pasukan bantuan sepanjang larian ini.
Ini sebagai salah satu sumbangan komuniti kami kepada pihak penganjur iaitu Hotel Copthorne Cameron Highlands dan juga sebagai salah satu sokongan kepada penganjuran.
Insyallah, kita jumpa di sana.
Tahniah kepada pihak penganjur dari kami Cameron Riders..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.