Awas...
Jika anda menggunakan laluan Ringlet ke Sungai Koyan terdapat satu lokasi laluan yang mendap yang sangat merbahayakan pemanduan anda.
Ia akan menyebabkan kereta anda seakan masuk lubang jika dari arah Sungai Koyan dan jika dari arah berlawanan anda seolah melanggar tebing sebab mendaki.
Perlahankan kenderaan anda jika sampai ke lokasi ini. Di mana?
Jika dari Ringlet, selepas Perkampungan Orang Asli Leryar yang mana mata anda akan nampak kawasan takungan empangan. Terdapat kon keselamatan disitu.
Jika dari arah Felda Sungai Koyan selepas kawasan utama empangan menuju ke kawasan Perkampungan orang Asli Leryar. Lebih bahaya kerana anda menuruni bukit. Saya sendiri semasa memandu di sini tak perasan terasa macam terjunam sedikit dan mulalah melompat-lompat kereta selepas itu.
Malam pasti lebih bahaya.
Saya dapati ada kon keselamatan namun agak kurang tanda amaran kepada pengguna jalan raya.
Berhati-hati ya...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.