Thursday, May 26, 2016

Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang 3

Peringkat kedua kayuhan bersama komuniti ini melibatkan seksaan pendakian di Ladang Teh biarpun jaraknya sekitar 1.8 km sahaja dari persimpangan utama diantara ke Ladang Teh dan Stesen Telekom.

Ketika ini memang keperitan yang dirasai untuk melakukan pendakian melebihi keinganan untuk melihat keindahan ladang teh dari sudut laluan ini.

Manakan tidak nak bernafas pun tak sempat kata mereka.

Namun lokasi pilihan water station yang dipilih memberikan mereka peluang untuk berehat santai sambil melihat keindahan lokasi pandang ladang teh yang menjadi tumpuan dan juga lokasi utama dalam beberapa drama pilihan. masa ini baru nampak ada yang boleh keluarkan telepon untuk berselfie

Nak kata hilang penat, rasanya tidak kerana selepas ini, mereka akan terus diuji lagi untuk menghabiskan 3 km yang terakhir...

Tak kasi can langsung trek Gunung Brinchang ni ..


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.