Sebaik dilepaskan, peserta mulai berkayuh santai dari paras 1300 meter
ke persimpang memasuki Ladang Tea Boh sejauh 4.1 km.
Walaupun bergerak seawal 9 pagi, kesesakan mulai terasa dengan jumlah
kenderaan yang semakin bertambah namun dengan bantuan kawalan trafik
oleh pihak PDRM berjaya membantu kelancaran kayuhan.
Peringkat kayuhan ini sekadar pemanas badan bagi semua peserta namun
selepas ini kayuhan akan mulai bertukar rentak dengan keadaan jalan
yang berbeza dan juga sudut pendakian yang mulai terasa.
Yang menjadi penyelamat adalah keindahan di Ladang Teh Sungei Palas
seakan menyambut kehadiran mereka.
Sejuk.. nyaman ... damai terasa..
tak apa sebab lepas ni .. seksa menanti ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.