Monday, April 11, 2016

Perkhidmatan Kenderaan Pacuan 4 roda ke Gunung Irau

Sepanjang saya berada di Sungei Palas Tea untuk merakamkan gambar matahari terbit saya mendapati beberapa kenderaan yang membawa pendaki ke Gunung Irau berulang alik menghantar mereka.


Malah dalam perjalanan saya tadi di hadapan Masjid Brinchang seawal pagi mereka telah berkumpul di situ.


Saya akan kongsikan gambar-gambar dari carian facebook penyedia perkhidmatan ini untuk panduan carian bagi mereka yang tertanya-tanya di manakah perkhidmatan sedemikian boleh didapati.

Akan saya kemaskinikan dari masa ke semasa.


Cuma catatan awal saya adalah 'Cameron Transport' yang juga saya dapati berulang alik menghantar pendaki pagi itu.

Cuma semenjak Gunung Irau ini dibuka semula untuk pendakian oleh Pejabat Perhutanan, saya lihat memang tidak putus-putus pendaki ke sana dan ada gambar rakan-rakan pendaki yang menunjukan dah berupa pasar pulak di puncaknya.

Tak apa, Bukit Broga pun penuh setiap hujung minggu kan .. Cuma jaga keselamatan dan pelihara keaslian sumber dan khazanah hutan untuk orang lain dapat melihat sama di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.