Saya bukan Majlis daerah Cameron Highlands atau Pejabat Perhutanan Daerah. Malah Siakap Keli dan Raju juga bukan sebahagian daripada mereka di atas.
Malah anda juga bukan namun saya, mereka dan anda mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan akan sikap yang tidak baik ini untuk tidak diteladani oleh mana-mana pihak sekalipun.
Ayuh kita menjadi pihak yang rasa bertanggungjawab untuk berkongsikan kisah jelik segelintir masyarakat atau lebih dikhususkan sebagai PENCINTA ALAM dalam aktiviti mendaki gunung.
Gunung Irau pernah ditutup selama hampir 6 bulan kerana Pejabat Perhutanan perlu melakukan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih bagi memastikan ianya selamat dan terpelihara.
Namun tempoh 6 bulan bagaikan sia-sia selepas ianya dibuka secara rasmi pada 1 March 2016 yang lalu.
Sikap jelik si PENCINTA ALAM SEKITAR yang maha tebal ini nampaknya tidak seiring dengan minat dan kecintaan mereka.
Sampah mulai kelihatan di dalam laluan trek pendakian dan jika ada yang mempunyai rasa kecintaan yang lebih sedikit, maka sampah dibawah keluar untuk dilonggokan di pintu masuk trek pendakian.
Alangkah baik kalau sampah ini dibawa turun terus ke kawasan kenderaan mereka untuk dibuang tanpa meninggalkannya di pintu trek pendakian.
Maka Jabatan Perhutanan terpaksa berbelanja lebih dan bekerja lebih keras membawa turun sampah sarap oleh pendaki pencinta alam sekitar ini.
Maka juga saya menyarankankan kepada pihak Jabatan Perhutanan menguatkuasakan Permit Memasuki Kawasan Hutan Simpan sebanyak RM 20 seorang sebagaimana ada dalam Akta Perhutanan berdasarkan "Jadual Fee" yang diluluskan.
Saya pasti jika ini dilaksanakan, maka akan melolonglah monyet si PENCINTA ALAM SEKITAR ini sambil melompat-lompat dan pasti akan berguling-guling di tanah bagaikan terkena belacan. Maka kerajaan melalui Jabatan Perhutanan akan dihujani makian dan kejian kerana dikatakan menindas golongan PENCINTA ALAM dengan fee sedemikian.
Ayuh PENCINTA ALAM sekitar.. buktikan kecintaan anda itu bukannya retorik semata-mata tetapi wujud dan sebati dalam diri.
Bawa sampah anda turun ke bawah di mana kereta anda diletakkan. Lakukan tindakan sewajarnya iaitu membawa turun semua sampah yang dibawa oleh anda.
Berapalah sangat cukai pendapatan anda bayar untuk semua perkhidmatan ini... itu pun kalau bayar ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.