Wednesday, February 3, 2016

Tips Bercuti Tahun Baru Cina di Cameron Highlands ... 2

# Salah satu stesen Hidroelektrik di Cameron Highlands

Ok Tips bercuti seterusnya ini sebenarnya boleh digunakan samada sepanjang musim percutian ... tak kisah lah tahun baru ke, deepavali ke, hari buruh ke... cuma sebab hujung minggu ini adalah TBC .. saya kaitkan aje semangat sambutan tersebut ...

Tips 6: Buat rancangan nak melawat mengikut hala. Jika anda dari Simpang Pulai contohnya jangan nak ke Tanah Rata terus, tetapi singgah di beberapa kawasan tumpuan pelancong seperti Tea centre Kuala Terla, Lavendar Park, Kea Farm dan Sungei Palas sebelum ke Tanah Rata.

Tips 7: Lewatkan check in anda di apartment dan hotel. Pastikan anda singgah dahulu kalau dalam kesesakan jalan raya. Jangan buang masa dari Simpang Pulainak jugak ke Tanah Rata kemudian terhegeh-hegeh pulak layan jem nak ke Brinchang. Pengusaha hotel atau apartment anda boleh tunggu anda. 

Ada penyewa apartment seboleh-bolehnya check in awal untuk simpan bag baju dan sanggup untuk menempuh jem selama dua tiga jam tanpa henti untuk ke apartment tersebut. Kemudian penat sebab kena berpatah semula untuk ke kawasan lawatan.

Ada juga saya bertemu dengan rakan saya si runner apartment yang menunggu dari pukul 1 petang tetapi penyewanya hanya sampai pukul 8.30 malam kerana sesak teruk semasa cuti Hari pekerja yang lalu dan saya sempat bersembang adakah mereka singgah di mana-mana dan mereka katakan hanya dalam kereta sahaja untuk ke Tanah Rata.  

Penyewa yang bijak akan telepon owner apartment/hotel untuk masuk lambat dan mereka akan lebih enjoy dengan singgah di merata-rata tempat dan masuk ke apartment malam. 

 Tips 8 : Kalau anda sangkut dalam kesesakan dalam sesuatu perjalanan, jangan terlalu berniat ke sana. Ubah Arah kerana tidak berbalaoi untuk menghabiskan masa 2 hingga 3 jam untuk perjalanan ke lokasi tersebut. 

Tips 9: Kalau berniat sangat ke Ladang Teh, pilih ladang teh yang tak sesak untuk ke sana Contohnya di Ladang Teh Habu yang selalunya tidak sesak berbanding di Tea Centre Sungei Palas. Next Trip boleh ke sana. 

Tips 10 : Satukan masa makan dan lawatan anda . contohnya tetapkan anda bersarapan di kawasan yang ada tempat makan seperti Stesen Mardi, Kiosk Strawberry dan berdekatan dengan hotel. Tak payah nak ulang alik ke sana sini untuk makan dan melawat strawberry. Contohnya YZ Strawberry dan Abang Strawberry ada menyediakan tempat makan dan gerai makan.

ok.... berhenti dulu ...

Koleksi Tips Bercuti di Cameron Highlands boleh anda pilih di SINI 

2 comments:

  1. Agak2 tahun baru cina ni kalau smpai di caemron awal pagi pagi sesak tak

    ReplyDelete
  2. Boleh rekemenkn x hotel apa yg berpatutan dan ok?mcm kea garden tu betul ke busuk sbab dekat dgn tmpat jual sayur?

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.