Untuk Catatan ketiga tips bercuti di Cameron Highlands semasa cuti tahun baru cina ini saya dah tak tahu nak kongsikan apa.
Lebih kurang sama sahaja...
Tips 11 : Bawak payung dari rumah. Jimatkan belanja nak beli payung baru di Cameron Highlands kerana tiba-tiba hujan. Kalau di rumah sudah ada banyak payung, bawa bersama walaupun tidak pasti hujan. Bayangkan satu payung sekitar RM 15 sebatang dan anda membeli dua atau tiga batang untuk diri sendiri dan anak-anak sudah mencapai RM 45.
Tips 12: Semak ramalan cuaca di laman web MET. Percuma. Atau aplikasi gadget ramalan cuaca di telepon bimbit anda yang canggih. Supaya anda boleh merancang perjalanan anda terutama yang membawa anak kecil atau baby.
Tips 13 : Jika anda mahu ke kawasan terbuka seperti ladang teh, MARDI ataupun Kea Farm dan waktu pilihan anda sedang hujan, pilih kawasan lawatan yang bertutup seperti Big Red Strawberry, Bee Farm dan sebagainya yang boleh dikunjungi walaupun hujan lebat. Jangan buang masa menunggu di dalam kereta untuk ke sana.
Tips 14: Jika anda mahu ke kawasan yang memerlukan perjalanan yang jauh dan mengalami kesesakan, pastikan anda tahu waktu operasi kawasan tersebut. Seperti Ladang Teh akan mulai di tutup pada pukul 4.30 petang dan tak guna jika anda hadir pada 4.29 petang kerana masa yang singkat membataskan anda menjelajah keseluruhan kawasan.
Tips 15: Buat homework tempat lawatan anda. Buat carian di internet dan anda akan dihidangkan pelbagai kisah dan pengalaman serta gambar-gambar pengunjung yang telah ke sana. Sangat membantu kerja rumah ini supaya anda tidak akan pulang dan kemudian bila bertemu gambar di sudut yang berlainan dan menarik anda merasa menyesal kerana mengetahui kewujudan lokasi itu selepas anda pulang.
Tips seterusnya esoklah ... nak balik dulu.... tapi apa ya..
Koleksi Tips Bercuti di Cameron Highlands boleh anda pilih
di SINI
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.