Monday, February 22, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 20

# Ladang Teh BOH di Habu
Tips catatan seterusnya bercuti di Cameron Highlands ini berdasarkan beberapa pertanyaan dan perkongsian dari facebook Cameron Highlands Group sejak dua minggu yang sudah. 

Saya ambil pertanyaan dan perkongsian mereka yang merasai sendiri berkenaan perkara tersebut. 

TIPS 91 ; MEMBELI JAGUNG CAMERON HIGHLANDS.. kisah tertipu

Salah seorang rakan facebook CHG yang menamakan dirinya sebagai Lienasari telah berkongsi bagaimana beliau ditipu oleh peniaga yang menjual jagung. 

Lokasinya adalah di S Corner menghala ke Kea Farm. 

Lienasari mengatakan beliau membeli jagung 'Cameron' setelah merasai 'tester' jagung yang telah dipotong kecil oleh si penjual jagung dan mengatakan ianya jagung Cameron Highlands. 

Manis dan sangat sedap rasa tester tersebut dan beliau bersetuju untuk membelinya selepas merasai tester yang disediakan. 

Namun setelah pulang, beliau mendapati jagung yang dibungkus oleh peniaga tersebut bukan jagung CAMERON yang dirasainya. 

Rasanya tawar dan tidak mempunyai ciri-ciri Jagung Cameron.

Tips di sini Jagung Cameron akan mempunyai gabungan biji jagung warna kuning berselang-selikan tompok biji jagung berwarna putih yang juga menyebabkan ianya dipanggil 'jagung mutiara'.

Tips dari Lienasari pula adalah selak daun jagung terlebih dahulu sebelum membeli untuk memastikan ianya Jagung Cameron yang mempunyai ciri-ciri diatas. 

Saya bersetuju. Jika peniaga tersebut berkeras atau marah kerana tindakan anda itu, beredar dari membeli jagung tersebut kerana peniaga itu menyembunyikan seseuatu atau takut rahsianya terbongkar.

Anda perlu tegas untuk menyatakan hak anda mendapat setimpal apa yang dibayar tetapi jangan sampai bergaduh atau bertumbuk. Lebih baik, viralkan sahaja kisah anda di facebook supaya orang lain tahu... kih kih ... 

Saya kira kes Lienasari ini boleh dianggap satu penipuan oleh peniaga dan malangnya tiada pejabat KPDNKK di Cameron Highlands yang memungkinkan salah satu sebab peniaga di Cameron Highlands berani untuk menipu pelanggan khasnya pelancong.  

Ada beberapa tips tambahan yang sudah saya fikirkan dan InsyAllah akan saya buat catatan berkaitan cara percutian yang ringkas dan menjimatkan atau back packer.

Tapi kena tunggu la ..

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.