Tuesday, December 1, 2015

Ramalan Cuaca dan Suhu di Cameron Highlands

Saya seperti biasa mendapat beberapa pertanyaan dari yang saya kenal dan tidak kenal ingin tahu keadaan cuaca di Cameron Highlands untuk minggu ini.


Dah rasa macam bomoh hujan pun ada rasanya bila saya menjawab cuaca kadang-kadang hujan dan tidak sebab ada yang akan bertanya lagi secara spesifik untuk hari-hari tertentu.

Kepada  Cik akak dan  Cik adik (Cik Abang tak pernah nak tanya pulak) saya selalu berpesan semaklah ramalan cuaca di laman MET Malaysia yang lengkap dengan ramalan cuaca melalui kaedah saintifik serta memiliki kepakaran dengan bantuan peralatan canggih mereka berbanding saya yang tiada apa-apa kelebihan baik sebagai bomoh hujan ataupun kakitangan meteorologi.


Rujuk dan lihat sendiri di laman MET ini . 
http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/forecasts/general/touristdestinations yang lengkap memfokuskan kepada kawasan perlancongan lagi..

Macam saya ambil print screen dari laman MET ini untuk ramalan cuaca seminggu... Hampir tepat melalui pemerhatian saya sebelum ini dan jika tidak tepat sekalipun anda kena faham keluasan Cameron Highlands adalah 712 km persegi ataupun hampir sama dengan keluasan Singapura yang tentunya akan hujan di sini tetapi tidak di sana.


Harap-harap membantu ya pada yang berhajat nak tahu ramalan cuaca di Cameron Highlands...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.