Untuk catatan kali ini saya mengambil print screen dari post salah seorang penduduk Cameron Highlands di facebook Cameron Highlands Group.
Saya syorkan anda menjadi rakan di FB ini kerana terdapar banyak maklumat tambahan khasnya bagi mereka yang ingin mencari apartment serta terdapat kemaskini terkini keadaan di Cameron Highlands.
Juga terdapat rungutan dan aduan baik daripada penduduk daerah ini ataupun pelancong.
Antara hari Sabtu yang lalu rungutan sikap pentingkan diri sendiri pelacong yang meletakan kenderaan di sepanjang laluan di hadapan Kea Farm hanya untuk membeli belah sayuran di Kea Farm tanpa mempedulikan kesannya.
Akakah kesannya? ooo Tak Tahu .....
Anda meletak kereta hanya untuk 10 minit malah mungkin setengah jam di sepanjang laluan utama ini walaupun ada garisan kuning yang mengikut undang-undang adalah kawasan larangan meletak kereta dan menyebabkan laluan menjadi sempit untuk kenderaan lain.
Baik kereta apatah lagi kenderaan berat seperti lori dan bas menjadikan pergerakan trafik terlalu perlahan.
OOO Tak apa.. sekejab sahaja la ...
Sekejab sahaja kata anda tapi tahukah anda pergerakan perlahan ini menyebabkan rantaian kesesakan hampir 4-10 km di belakang anda yang tak nampak dan tak ada pedulikan orang lain.
Anda seronok kerana kembali ke kereta dengan berbungkus-bungkus jagung, sayur dan lain-lain hasil pembelian anda tetapi pengguna jalan yang lain terperangkap dalam kesesakan.
Memang anda sial!!! Celaka ...!! ooo marah pulak ya !!!!! (Maaf bagi pembaca yang rasa keterlaluan kata-kata ini, tak apa..hanya untuk yang dah pernah buat sahaja ... dan pastinya anda sendiri tak tahu apakah sumpah seranah dari pengguna jalan raya yang terperangkap bukan 10 minit tetapi 2 jam hanya untuk melepasi laluan sepanjang 100 meter ini.. saya mohon maaf kalau kasar benar bunyinya tetapi yang dah selamba parking tu ... memang sial ..)
Tak apa.. tak ada orang yang sokong anda meletak kereta di sana .. kerana anda telah menyusahkan orang lain...
Saya printscreen kan komen-komen dari penggguna dan orang tempatan...
Terasa? lantaklah ..
Selamat melancong dan bercuti .. tanpa menyusahkan orang yaaa...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.