Suasana laluan di Pekan Tanah Rata tengahari tadi sehingga ke petang sesak amat teruk.
Kenderaan bergerak perlahan memasuki Pekan dan juga di dalam Pekan malah ada ketika tidak bergerak langsung.
Saya sendiri pagi tadi terperangkap dalam kesesakan tersebut.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah setelah 15 minit hanya bergerak 10 meter untuk keluar simpang di pasar pagi Tanah Rata.
Saya ingatkan saya seorang, rupanya jiran seblok saya yang juga pergi ke pasar pagi membuat keputusan yang sama. Mujur apartment kami dalam bandar.
Kemudian saya sempat bersembang dengan Mr. Singh, Polis Trafik yang menjaga lalulintas dan beliau mengatakan keadaan sesak ini di kedua arah baik masuk atau keluar Tanah Rata.
Malah katanya laluan ke Brinchang sesak teruk sehingga ke Kea Farm.
Memang benar ianya berlaku kerana ramai pelancong yang mulai keluar dari hotel dan apartment percutian masing-masing untuk melawat kawasan tumpuan.
Berbeza dengan keadaan sebelum pukul 10 pagi kelibat pelancong masih di kedai makan untuk bersarapan.
Sebelum naik ke apartment, saya bertemu dengan salah seorang rakan yang mengusahakan apartment percutian di blok sama dan beliau mengatakan beliau telah menanti pelanggan nya yang dah menempah apartment hampir dua jam walaupun lokasi terakhir mereka berada di atas jalan di Brinchang dan masih terperangkap dalam kesesakan.
* Saya update petang: Saya bertemu rakan saya tadi pada pukul 7.30 petang, pelanggan yang menempah apartment tadi baru sampai dan bila saya bertanya kepada mereka tentang perjalanan yang ditempuhi mereka mengeleng kepala dan berkata serik untuk datang bercuti di musim cuti umum.
Saya tumpang bertanya berapa sewaan apartment hari ini, katanya penyewa menempah apartment ini melalui runner dan dengar-dengar diletakkan pada harga RM350 semalam.....
Selamat bercuti di hari Merdeka!!!
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.