Monday, August 3, 2015

ATV Ride @ Bharat Tea Centre Kuala Terla

Saya dah lama nampak banner ATV RIDE di Hentian Tea Bharat Kuala Terla namun tak ada kesempatan ke sana apatah lagi nak mencubanya.


Minggu lepas, saya sempat singgah ke sana tapi tak sampai pula nak mencubanya. Saya sempat melihat bagaimana ianya boleh anda lakukan. 

Caj Bayaran adalah RM 35 bagi setiap orang  di mana anda akan dibenarkan membawa satu unit ATV untuk dipandu di dalam laluan yang telah ditetapkan. 


Terdapat 5 buah ATV yang boleh dipilih dan untuk keselamatan anda turut dibekalkan dengan topi keselamatan.

Laluan pemanduan adalah bersimen sepenuhnya dengan laluan awal adalah mendaki ke puncak pandang sejauh 1 km. 

Kemudian cabaran menuruni bukit menanti anda dengan dua selekoh tajam yang memerlukan anda berhati-hati.


Setiap kumpulan akan diketuai oleh jurupandu yang akan membantu anda menunjuk arah dan juga menjaga keselamatan anda.  

Saya mendapati ada juga poster untuk cabaran ATV EXTREM namun tidak pula saya dapatkan maklumat lanjut mengenainya.


Aktiviti tambahan ini boleh anda cubai dan rasai sendiri di Bharat Tea Centre di Kuala Terla. 

Ikut dan patuhi arahan keselamatan yang diberikan oleh jurupandu anda ketika melakukan aktiviti lasak ini. 

Selamat mencuba. Beberapa baki gambar saya kongsikan di bawah ini.

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.