Monday, August 3, 2015

4 x 4 Safari Ride @ Bharat Tea Centre Kuala Terla

Satu lagi tarikan baharu di Cameron Highlands ( Atau saya yang baharu tahu) adalah mengikut pemanduan 4X4 landrover melalui kawasan ladang teh di Kuala Terla. 


Cuma laluanya adalah bersimen dan sangat selesa dan bagi yang mencari lebih cabaran, ini adalah laluan santai. 


Dengan hanya RM 10 seorang dewasa dan RM 5 bagi setiap kanak-kanak 12 tahun ke bawah anda akan dibawa ke bahagian atas ladang teh ini untuk melihat pemandangan. 


Kemudian anda akan berhenti sebentar dan dibenarkan untuk mencuba memetik daun teh dengan bakul dan pemotong daun teh disediakan. 


Laluan pulang lebih sedikit mencabar kerana menuruni bukit dengan dua simpang yang tajam.


Perjalanan keseluruhan sekitar 10 minit dan bagi yang tidak pernah ke bahagian dalam ladang teh, saya rasa ianya berbaloi.

Lokasinya di Hentian Teh  Bharat Plantation Kuala Terla.

Selamat mencuba.


These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.