Tuesday, July 14, 2015

Cameron Highlands: 81.27% tapak haram dibersihkan

‎Benarkah? Hanya ada 2231 ha sahaja yang haram? 

Ada beberapa liputan media mengatakana lebih 8000 ha dan ada yang menambah sehingga 10,000 ha. Saya tiada data yang sahih maka kena percayakan sahaja 2,231 ha kebun haram yang ada di Cameron Highlands dan 1,813 ha telah dimusnahkan.  


Cuma saya berharap Majlis Keselamatan Negara dapat menyelesaikan masalah sikap anggota operasi yang panjang tangan ketika melakukan operasi. 

Pelbagai cerita yang tidak elok dan memeranjat dikatakan berlaku ketika operasi yang dijalankan antaranya kehilangan peralatan kebun tanpa diistiharkan dirampas. 

Contohnya pam air dibawa keluar dari kawasan operasi tetapi tidak diistiharkan sebagai barang rampasan dan tidak tahu ke mana bahan tersebut adakah menjadi bahan bukti ataupun sebaliknya. 

Itu yang tersebar di kalangan pekebun yang terlibat. Namun kerana mereka berstatuskan 'Haram' terpaksa didiamkan bimbang menjadi barang bukti dan pengakuan pula nanti.

Ada juga kes kecurian harga peribadi pekerja asing yang sah seperti telepon, kamera dan wang tunai hasil penat lelah sepanjang tahun pekerja asing yang sah merantau jauh ‎mencari rezeki halal.


Namun anggota operasi melakukan perbuatan keji dengan perbuatan haram yang salah di sisi agama dan amat memalukan imej negara! 

Apakah anggota operasi yang terlibat terlalu rambang mata melihat sedikit barangan peribadi pekerja yang disoal-siasat?

Apakah itu antara prosedur siasatan dalam operasi iaitu anggota operasi bebas mengambil semua barangan peribadi pekerja yang diperiksa dan membawa keluar tanpa mengistiharkan sebagai barangan rampasan atau bukti ?

Ini pengalaman benar! Berlaku kepada pekerja saya sendiri!!! 

Pekerja Indonesia sah dan berpermit saya diarahkan keluar dari rumah pekerja ke kawasan lapang untuk pemeriksaan namun bila mereka turun, terdapat anggota operasi bertopeng yang mengeledah barangan mereka dan akhirnya RM 7,500  pelbagai barangan seperti telepon bimbit, kamera dan wang tunai serta sebuah beg sandang diambil dan dibawa keluar!


Laporan Polis telah dibuat namun sehingga kini tiada penyelesaian kerana operasi diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pihak kedutaan Besar Indonesia telah memanggil mangsa ke Kedutaan untuk perakaman kenyataan dan siasatan.

Amat memalukan negara kita!

Insyallah, jika tiada apa yang berlaku, saya akan kongsikan laporan polis berkenaan. Bukan untuk memalukan negara tetapi sikap keji anggota operasi dibawah MKN ini yang memalukan negara!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.