Tuesday, July 14, 2015

Bercuti di Cameron Highlands di musim raya


Hari raya datang lagi dan pastinya cuti yang sedikit panjang iaitu dari Khamis sehingga Rabu depan memberi peluang bagi mereka yang memang akan bercuti di musim hari raya.

Ini tidak pelik kerana ramai khasnya warga kota yang memilih untuk bercuti daripada beraya berbanding mereka yang mempunyai kampung yang lebih meriah beraya.

Jadi bagaimana suasana cuti di musim raya di Cameron Highlands?

Bilangan Pelancong:
Pertama, biasanya hari raya pertama masih sangat kurang pelancung yang datang ke sini kerana mungkin agenda wajib adalah sambutan hari raya pertama di kediaman masing-masing.

Kedua, hari raya kedua biasanya sudah ramai yang datang ke sini sehinggalah hari raya kelima ataupun habis cuti.

Biasanya masa cuti ini suasana sesak adalah seperti musim cuti sekolah hujung minggu. Tidak lengang dan tidak terlalu padat.

Penginapan:
Penginapan di Cameron Highlands masih mudah dicari khasnya apartment percutian kerana biasanya mencukupi untuk permintaan yang sedia ada. Harganya tidak melambung tinggi kecuali unit apaartment di bawah jagaan runner di mana pemilik menyerahkan kepada runner kerana mereka pulang bercuti.

Cuma di hari raya pertama biasanya pemilik tidak menerima tempahan kerana mereka masih bercuti.

Manakala hotel pula biasanya mendapat permintaan yang tinggi untuk sewaan memandangkan ianya dibuka 24 jam dan harganya ada yang menawarkan harga hujung minggu biasa dan ada yang meletakkan harga sebagai musim puncak.

Tempat Makan:
Yang menjadi masalah adalah tempat makan yang terhad malah mungkin tiada langsung buat hari pertama raya ataua kedua.

Jadi hanya restoran makanan segera seperti di Marry Brown di Tanah Rata atau KFC di Brinchang boleh menjadi tumpuan.

Namun untuk hotel-hotel besar biasanya kafe mereka dibuka sepanjang musim perayaan.

Tempat tumpuan Pelancong:
Biasanya bagi pemilik muslim mereka akan menutup kiosk mereka pada raya pertama dan kedua tetapi kembali beroperasi di raya ketiga namun terpulang kepada pemiliknya.

Manakala bagi pengusaha bukan muslim tiada masalah untuk membuka kios jualan masing-masing.

Juga kepada kiosk kerajaan seperti Stesen Mardi yang akan ditutup panjang kerana staff beragama Islam adalah majoriti di sana.

Bagi ladang teh, baik anda menghubungi mereka untuk maklumat lebih lanjut.

Selebihnya saya mohon anda pula kongsikan kisah dan pengalaman anda bercuti di Cameron Highlands kerana saya sendiri tiada pengalaman beraya di sini.....

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.