Tuesday, June 2, 2015

Bunga Matahari @ Cameron Highlands

Saya sekadar nak berkongsikan gambar bunga matahari yang saya rakamkan di  Bee Farm di Habu semalam. 


Selalunya mereka akan menanam bunga ini untuk tarikan pelancong dengan keluasan 60 meter persegi. 

Saiznya memang besar dan warnanya yang kuning amat menarik untuk dilihat dengan lebih dekat. 

Juga bunganya menjadi tempat lebah-lebah di ladang lebah ini sebagai sumber nekta mereka. 


Saya pernah menanam bunga matahari ini dengan biji benih yang dibeli sepaket RM2.50 dan hasilnya tidak mengecewakan. Anda juga boleh mencubanya di kawasan rumah anda.  

Selebihnya saya sekadar nak berkongsikan gambar-gambarnya sahaja. 



These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.