Monday, March 9, 2015

Kayuhan Senja Muara Sungai Duyong Melaka


‎Balik bercuti di rumah mertua di Melaka tidak pernah saya berbasikal diwaktu yang terluang kerana padat dengan aktiviti di tempat lain khasnya window shopping dengan anak-anak ke pasaraya. 

Maklumlah melayan karenah dan permintaan anak-anak yang nak ke sana sini menghilangkan rasa bosan mereka. 


Cuma kesempatan bercuti yang terbaharu ini menjadi kelainan. Saya sempat berbasikal sekitar rumah mertua dan kemudian memanjangkan kayuhan untuk ke destinasi lain yanag berdekatan. 


Antaranya kayuhan senja ke Muara Sungai Duyong. Saya tak pasti nak letakan dibawah mukim mana satu tetapi berdekatan dengan Alai dan Padang Temu. 


Yang menjadi tumpuan adalah restoran makanan laut yang terdekat dari bandar Melaka dan saya kena akui memang sangat ramai pengunjung di sini khasnya di malam minggu.



Jika di Melaka, kawasan Kampung Nelayan sekitar Umbai sangat terkenal dengan restoran makanan laut kerana kegiatan nelayan yang aktif di kawasan pendaratan ikan sekitarnya. 

Berbalik kepada kayuhan saya ke sana, saya sememangnya memilih sekitar pukul 6 petang kerana ingin menyaksikan matahari terbenam dari sudut ini walaupun bukanlah lokasi yang terbaik.  


Namun yang menambah keunikannya adalah aktiviti nelayan dan juga mereka yang menjalankan ikan di kawasan muara ini di waktu sebegini sebagaimana yang selalu saya lihat sebelum ini.

Ternyata ianya masih sebegitu ketika kayuhan senja saya ini. Jaraknya sekitar 5 km dari rumah mertua saya dengan aliran trafik yang banyak di waktu petang.


Begitu juga dengan trafik bot nelayan yang bersiap untuk ke laut selepas maghrib kerana mereka akan mencari rezeki diwaktu malam dan pulang membawa hasil untuk jualan di waktu pagi keesokan hari.

Saya sempat melihat tiga beranak menjala ikan di Muara dengan matahari kian terbenam manakala pelanggan di restoran makanan laut mulai bertambah.







Semuanya menarik untuk dilihat dalam satu pakej kayuhan ‎santai di kala senja ke Muara Sungai Duyong, Melaka.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.