Sunday, March 8, 2015

Kayuhan ke Intake Sungai Lemoi

Catatan ini berkongsikan aktiviti kayuhan solo salah seorang rakan Cameron Riders ke Intake Sungai Lemoi. 


Intake Sungai Lemoi adalah salah satu kompenan Empangan Jelai yang berada di selatan Cameron Highlands yang sedang giat dijalankan. 

Terdapat beberapa intake sumber air dari lokasi sungai lain yang menyumbang kepada tadahan empangan kelak. 


Uniknya pembinaan intake ini adalah ianya membuka peluang kepada kita untuk mengunjungi Sungai Lemoi berbanding perlu ke Perkampungan Orang Asli Lemoi yang memerlukan lebih 25 km merentasi laluan hutan untuk ke sana sebelum ini.

Sumber air di sungai ini amat bersih, jernih dan tiada langsung pencemaran kerana kawasan huluan sungai ini tiada pembukaan kebun dan aktiviti pertanian serta pembalakan.

Ianya berarus deras dan mempunyai koleksi jeram yang banyak di sepanjang alurnya.


Aktiviti kayuhan mtb boleh bermula dengan meletakan kereta di pintu masuk ke Perkampungan Orang Asli Cheros atau pintu masuk ke kawasan empangan.

Lebih selamat kerana terdapat pengawal keselamatan di pintu laluan tersebut. 

Permukaan jalan amat baik dengan buat masa sekarang berpemukaan batu crusher run sepenuhnya tetapi melalui pekerja binaan perancangan penuh adalah berturap tar kelak.

Cabaran kayuhan untuk sampai ke Intake ini adalah melibatkan laluan 4.4 km yang mana melibatkan 5 kawasan pendakian.

Sebaik menuruni bukit yang pertama persinggahan pertama adalah di jambatan konkrit yang menyeberangi sungai ini. 


Ketika ini pemandangan alur sungai sudah kelihatan.


Sesuai juga rasanya jika hentian ini dijadikan kawasan rekreasi air untuk perkelahan kerana tiada arus atau jeram sebaliknya hanya batu-batuan.


Pendakian kedua bermula sebelum bersambungan dengan pendakian yang tertinggi pada saya dan selepas itu laluan kayuhan adalah sepanjang tebing sungai yang mempunyai jeram.



Apabila menempuhi pendakian ke lima, anda akan sampai di kawasan pembinaan intake ini yang masih giat dijalankan. 



Yang lebih mengujakan adalah alur huluan selepas intake ini yang lebih natural dan memang menarik untuk diteroka kelak dan kayuhan anda terhenti di sini. 


Menghabiskan 8.8 km pergi balik di laluan ini mungkin lebih seronok kalau pergi berkumpulan kerana boleh melakukan aktiviti tambahan dan jika ada pasukan sokongan seperti kami isteri, penat selepas berkayuh boleh diikuti dengan santai berkelah di pinggir sungai sambil bermandi manda.


Namun jika melakukan kayuhan solo seperti rakan kami ini, keselamatan masih terjaga kerana adanya aktiviti pembinaan sepanjang laluan ini.

Kepada pihak berkuasa di Cameron Highlands, pertimbangkan cadangan untuk melakukan sesuatu di kawasan ini sebagai salah satu tarikan perlancongan kelak tambahan lagi tiada kawasan perkelahan dan rekreasi air di daerah ini yang selamat, bersih, tidak tercemar dan cantik selain dari tapak kem Sungai Pauh.

Dan yang utamanya jugak, pastikan tiada pencemaran di kawasan huluan sungai ini kerana kita ketandusan sungai sebegini di Cameron Highlands. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.