Friday, October 24, 2014

Pembangunan Semula Projek Terbengkalai di Tanah Rata

Projek terbengkalai melibatkan bangunan kompleks perniagaan dan juga hotel sejak 1997 di Persiaran Camilia 4 (Berhadapan dengan Maybank Tanah Rata) akan dibangunkan semula. 


Kerja-kerja berkaitan dengan projek ini telah mulai dijalankan kira 3 bulan yang lalu. 

Sedikit perubahan kepada komponen projek ini seperti pembinaannya kelak merangkumi unit hotel dan juga pangsapuri perkhidmatan setinggi 7 setengah tingkat serta pusat membeli belah. 

Kami sebagai warga Cameron Highlands mengalu-alukan pembangunan semula projek ini kerana sakit mata melihatnya di tengah-tengah bandar ini. 

Malah kebimbangan kami mengenai risiko denggi juga mungkin surut apabila pembangunan sepenuhnya siap kelak berbanding terbengkalai sejak sekian lama. 

Mujurlah Pejabat Kesihatan Cameron Highlands seringkali membuat semburan pencengahan denggi di kawasan ini dengan kerap. 



Juga diharapkan kemudahan yang diwujudkan kelak memberi variasi kepada kemudahan dan gaya hidup kami kelak. 

Apapun kami percaya masalah kesesakan lalulintas akan berlaku di kawasan ini dan pihak yang berkuasa perlu merangka pelan penyuraian lalulintas yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.