Friday, October 24, 2014

Ceramah Ustaz Azhar Idrus @ Cameron

Ini merupakan kunjungan kedua Ustaz Azhar Idrus ke Cameron Highlands dalam masa dua tahun. 

Dan seperti biasanya dua sesi diadakan  iaitu pagi dan malam.


Kalau kunjungan terdahulu sesi kuliah pagi diadakan di Padang Awam Tanah Rata dan diakhiri di Masjid Abu Bakar tetapi kali ini sesi pagi diadakan di Masjid Kayangan Brinchang kerana faktor cuaca dan saya sekadar dapat mengikuti sesi kedua di di Masjid Abu Bakar.


Seperti biasa Ceramah UAI mendapat sambutan yang hangat walaupun hujan lebat melanda pada hari tersebut.



Tidak hanya penduduk Cameron Highlands yang hadir tetapi kelibat pelancong tempatan juga mengisi ruang di masjid.



Sesi jam pertama didahului dengan kuliah agama mengenai kefahaman dan kepentingan memahami hukum Islam dan seperti biasa ceramah beliau diselang seli dengan jenaka yang menghiburkan penonton sambil menuntut ilmu. 

Sessi kedua adalah sesi soalan dari penonton yang terlebih dahulu telah dikumpulkan. 

Gambar selebihnya boleh dilihat di sini.







No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.