Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di laman blog cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu.
***************************
Antara tarikan utama CHTT sedari edisi pertama sehingga yang terbaharu ini adalah laluan di Ladang Teh Boh.
Keindahan ladang teh ini tidak dapat dinafikan dan sememangnya keistimewaan yang tersendiri kerana tiada di tempat lain selain di Cameron Highlands.
Sebenarnya masih terdapat ladang teh di tanah rendah iaitu di Dengkil dan Banting serta Muadzam Shah di Pahang.
Begitu juga di Sabah yang juga mempunyai ladang teh di sana.
Namun di Cameron Highlands ianya antara tarikan yang sukar dilepaskan apatah lagi kehijauan yang menjadi hamparan di sepanjang laluan trek ini.
Di Cameron Highlands sendiri mempunyai 5 lokasi ladang teh yang utama iaitu 2 milik Boh Plantatain di Habu dan Sungei Palas dan 3 milik Bharat Tea di Habu, Tanah Rata dan Kuala Terla.
Berbalik kepada trek jamboree kali ini selain laluan biasa yang dibuka tahun lepas, pada edisi kali ini terdapat laluan baharu yang dibuka untuk memberi lebih cabaran dan keseronokan.
Namun bukan semua peserta berpeluang melaluinya kerana pihak penganjur terpaksa menghadkan kepada peserta yang terawal dan melepasi Check Point Ketiga sebelum atau pada pukul 11.30 pagi sahaja kerana terdapat pendakian di laluan ini.
Saya sendiri berada di laluan ini memerhantikan aksi para peserta dan saya akui berasa gentar dan cemas tatkala mereka melayani laluan menuruni bukit dengan begitu laju.
Malah beberapa peserta hampir-hampir gagal mengawal basikal mereka di pertengahan laluan ini namun semua selamat.
Apakah laluan ini akan dikekalkan pada edisi yang akan datang? Atau akan dibuka lebih banyak laluan baharu pula? Nantikan ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.