Thursday, October 9, 2014

CHTT 2014: 18 km yang pertama...

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu. 
***************************

Sebaik dilepaskan dari lokasi permulaan, rata-rata peserta memulakan kayuhan dengan penuh semangat dengan memecut ke laluan yang ditetapkan terutamanya peserta dibawah tajaan penaja. 

Namun ramai juga peserta terutama yang berada di bahagian  belakang sekadar bergerak perlahan kerana  sememangnya sudah berniat untuk melakukan kayuhan santai sedari awal penyertaan. 



Dari ketinggian 1018 meter dari paras laut dengan melalui laluan jalan utama ke Pekan Ringlet, rata-rata pelumba ingin berada di hadapan. 

Lalulintas trafik mendapat kawalan yang terbaik daripada Pasukan Polis Trafik Daerah Cameron Highlands yang telah melakukan kawalan trafik dengan jarak 300-400 meter di hadapan. 



Masing-masing memecut dan hasilnya terdapat pelaton sekitar 100 pelumba menguasai pendahuluan.

Cabaran pertama mereka adalah sebaik sahaja melepasi Lake House Resort di mana pendakian pertama perlu dihadapi dengan purata ketinggian 40 meter untuk jarak sekitar 2 kilometer.



Ini bukan penghalang kerana mereka masih belum menggunakan sepenuhnya tenaga yang ada. 

Namun ketika ini kelihatan pelumba profesional yang rata-rata dari kategori master mula menjarakkan diri mereka untuk sampai terlebih dahulu ke Pekan Ringlet yang berada 3 km dari tapak permulaan tadi. 



Sebaik sahaja melepasi persimpangan ke Lembah Bertam bermulalah keseronokan menuruni bukit kerana di laluan ini sehingga 15 km seterusnya 75% adalah laluan menurun bukit. 

Ini kerana meraka akan sampai ke paras 554 meter dari paras laut sebaik sahaja tiba di persimpangan Kg Kuala Boh yang bertentangan dengan Pos Menson . 





Saya menyaksikan sendiri ketika laluan menuruni bukit terutamanya ketika melepasi Persimpangan ke Lemoi, kelajuan peserta meningkat sehinggakan kepada kelajuan 82 km sejam dan kelihatan rata-rata peserta sangat menyukai laluan menuruni bukit ini. 

Anda saksikan koleksi gambar seterusnya yang menunjukan betapa mereka menikmati kelajuan di peringkat laluan ini. 







Sepanjang laluan ini peserta dapat melihat deretan kebun sayur samada yang berumah plastik atau terbuka dan ada yang berhenti seketika untuk mengambil gambar berlatarkan pemandangan kebun-kebun sayur ini. 

Mungkin ada yang tidak perasan rekaan jersey khas CHTT 2014 juga memaparkan lakaran kebun sayur terbuka berbentuk teres.

Untuk koleksi gambar yang lain sila ke page FB Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014 yang telah kami kongsikan dalam beberapa album. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.