Tasik Kenyir memang terkenal kepada kaki pancing kerana mempunyai lebih 300 jenis ikan air tawar yang mendiami dasar lautan darat ini.
Keluasan kawasan tadahan seluas 32 ribu hektar sememangnya menjadi pilihan kepada semua pemancing baik memancing dari daratan ataupun singgah di salah satu 320 buah pulau yang terdapat di sini.
Lebih jauh lagi, mereka akan menyewa bot laju atau bot kecil untuk pergi ke lubuk-lubuk ikan yang terdapat di sini.
Yang istimewa pilihan yang lebih unik adalah menyewa rumah bot yang banyak ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan.
Uniknya rumah bot ini adalah lengkap dengan bilik-bilik tidur dan juga ruang rehat yang selesa.
Namun bukan semua yang menawarkan bilik berasingan kerana ada yang jenis terbuka.
Kemudahan memasak di sediakan atau ada pakej yang menawarkan sekali dengan tukang masaknya.
Harga sewaan rumah bot sekitra RM 800- 2000 mengikut saiz dan kelengkapan yang disediakan serta destinasi yang dipilih untuk memancing.
Ianya boleh dihuni seramai 15-20 orang penumpang malah mungkin lebih jika bersaiz besar.
Pastinya yang datang secara rombongan kos sewaan yang dibahagikan secara purata lebih berbaloi dan murah.
Selain itu, anda bukan hanya berpeluang untuk memancing tetapi boleh mandi manda di tasik ini yang dibenarkan dan dibawah penyelian pengusaha rumah bot.
Saya kongsikan gambar-gambar rumah bot yang berlabuh di sekitar teluk memasuki Air Terjun Saok di Tasik Kenyir.
Pemerhatian saya yang terbesar saya temui adalah rumah bot ini yang berwarna putih dan tercatat www.kenyirlake.com dan bernama Bahtera Kenyir 1.
Memang besar saiznya berbanding yang lain tetapi saya tidak tahu berapakah jumlah penumpang yang boleh dibawa dan berapakah caj yang perlu dibayar.
Selain itu rumah bot yang mempunyai bilik seperti dibawah ini juga kelihatan selesa dengan kemudahan anjung untuk bersantai di bahagian depannya.
Manakala rumah bot yang ini pula kelihatan ringkas dan tidak berbilik yang berasingan. Mungkin ianya sesuai untuk keluarga kecil ataupun orang bujang sahaja atau pemancing lelaki sahaja.
Di rumah bot ini pula saya melihat bagaimana kegembiraan penyewa yang mandi manda di anjung bot dengan terjun dari atas bot.
Mereka datang secara berkeluarga dan kelihatan menikmati suasana santai di tasik ini sepenuhnya. Tiada batang joran dilabuhkan di sepanjang tepi rumah bot ini.
Hanyalah di rumah bot ini sahaja yang saya lihat joran dilabuhkan dibahagian tepinya. Manakala penghuni lain yang saya temui adalah bekeluarga semuda bayi hinggalah dewasa pula berada di Air Terjun Saok untuk mandi manda.
Beginilah suasana rumah bot yang sedang berlabuh di Pengakalan Gawi yang menjadi pintu masuk utama ke Tasik Kenyir.
Barangkali mereka tidak mempunyai pelanggan ketika ini .
Jika anda mempunyai pengalaman menyewa rumah bot ini saya mengalu-alukan anda berkongsi pengalaman anda.
Kepada mana-mana pengusaha bot yang membaca catatan saya ini anda boleh juga berkongsikan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pembaca di sini.
Salam admin... terima kasih di atas perkongsian yang menarik.. saya mewakili pengusahan bot BAHTERA KENYIR 1 .Kami menawarkan beberapa pakej.. untuk maklumat pihak admin.. bahtera kenyir 1 boleh menapung seramai 40-60 orang pada satu masa.. sila ke facebook kami ( https://www.facebook.com/bahterakenyir/?ref=bookmarks ) atau boleh hubungi pengurus kami..encik kamarulzaman 014-8241528
ReplyDelete