Wednesday, September 24, 2014

Pulau Kapas, Terengganu ... kunjungan terkini

Jika anda telah membaca sedikit imbasan kenangan saya ke Pulau Kapas, untuk catatan ini adalah berkisarkan mengenai kunjungan saya kembali ke Pulau Kapas selepas lebih 18 tahun.

Bulan lepas Ogos 2014, saya kembali ke Pulau Kapas ini. 



Kali ini bukan berseorangan tetapi membawa keluarga kecil saya yang terdiri daripada si mama dan sepasang anak kecil berusia 4 dan 6 tahun.

Persamaan bagi mereka adalah pertama kali ke pulau selain Pulau Langkawai atau Pulau Pinang  dan pertama kali pula akan bersnorkeling. Insyallah.

Sebenarnya kunjungan ke Pulau Kapas ini adalah kebetulan kerana isteri saya menghadiri kursus di Marang. 



Maka dah dekat dengan Jeti Marang maka saya merancang untuk memanjangkan langkahan kami ke pulau ini di hari akhir kursusnya. 

Kami menaiki sebuah bot dari Jeti Marang selepas 3 hari sebelumnya membuat tempahan telepon untuk ke Mak Cik Gemuk Chalet.

Tiket bot adalah sebanyak RM 40 seorang  dewasa untuk perjalanan pergi balik dan anak-anak saya percuma.


Kami hanya dapat sebuah unit chalet berkipas kerana unit berhawa dingin telah penuh ditempah dan kami memilih untuk tidak mengambil pakej makanan kerana ingin menikmati hidangan yang berbeza.


Kami sebenarnya rugi kerana tiba agak lewat di Jeti ini selepas hanya bertolak dari Cameron Highlands selepas pukul 12 tengahari.



Cadangan awal nak bertolak pagi sebelum mengambil si Mama yang tamat berkursus di Marang tetapi secara tanpa sedar sekolah anak menganjurkan pertandingan futsal peringkat daerah Cameron Highlands dan anak sulung saya terlibat.


Kami menggunakan laluan Cameron Highlands- Lojing - Gua Musang- Felda Aring - Tasik Kenyir - Kg Telemong - Marang dalam tempoh 5 jam tanpa henti untuk mengejar waktu akhir bot ke pulau iaitu 5.30 petang.

Sampai di jeti kami masih terlewat dan hanya menyertai bot laju yang membawa pekerja ke Pulau Gemia Resort.



Ketika ini air laut pasang dan kami mendapat tempat duduk di hujung bot dan memang terasa gegarannya setiap kali memotong ombak. 

Anak bongsu saya menangis ketakutan mujur perjalanan menaiki bot laju hanya sekitar 15 minit sahaja untuk sampai.




Kami segera mendaftar masuk dan biasalah dengan harga chalet RM 80 semalam, kami menerima seadanya apa yang ada. 

Cuma dapatkan tuala di kaunter kerana anda perlu membayar deposit RM 10 sehelai yang akan dipulangkan kemudian jika memulangkannya.


Juga jangan lupa mengambil bekalan ubat nyamuk di kaunter kerana di sini memang akan banyak nyamuk. 



Kami tidak menghabiskan masa lama kerana segera ke pantai semula. Ketika ini jam sudah sekitar 6.30 Petang dan kami menyusur pantai ke jeti utamanya.

Si anak sulung saya galak bermain air biarpun dilarang untuk mandi dengan siap berjaket angin yang dibawa dari rumah. 


Pantainya amat bersih. Tidak terlalu landai menjauh ke laut ataupun terus dalam biarpun air laut sedang pasang ketika itu 

Kami tidak dapat menikmati matahari terbenam kerana bukan arah yang tepat untuk dari pulau ini.

Menjelang 7.15 malam kami membuat keputusan untuk terus makan dan kami memilih kedai makan bersebelahan jeti.

Suasana di pantai ketika ini memang tenang dan begitu asyik kami melayan senja.  

Kami memilih untuk nasi goreng dan ikan masak masam manis.

Kami juga membeli beberapa makanan ringan dan ubat nyamuk.

Nasihat kami kepada anda, belilah di tanah besar kerana harga di sini lebih sekali ganda.

Kami kemudian menghala ke Kapas Island Resort dan cuba ke penghujung pulau ini yang nampak menarik dengan lampu yang dipasang namun kerana laluan agak gelap kami batalkan dan lebih bersantai menikmati kopi dan teh di resort ini.

Kami pulang semula ke Mak Cik Gemuk Chalet tetapi berhenti di beberapa lokasi dan bersantai dan di sinilah gunanya ubat nyamuk yang kami beli tadi.

Balik ke Chalet kami  empat beranak sekadar melayan malam dengan tidur dengan hembusan kipas dinding yang tak beberapa sejuk.

Hari kedua:

Hari kedua kami bersarapan awal pagi di Kapas Island Resort dan terus menjelah penghujung pulau ini. 



Saya mencadangkan anda keluar awal dari bilik penginapan anda untuk menikmati sendiri suaasana awal pagi di pantai. 

Saya yang memilih ke arah ini kerana mencari sisi yang sedikit lain dari arah biasa kerana laut yang landai memberi kelebihan untuk anak-anak kecil saya bermain air.



Kami berenang seadanya di sekitar pantai di hadapan Kapal Island Resort dan kebersihan air memang mengujakan. 

Tetapi apabila memandang jauh ke hujung tanjung di pantai ini ianya lebih mengamit kami untuk ke sana kerana airnya mulain berwarna biru dan kehijauan sebaik sahaja cahaya matahari terbit. 



Kami mula bergerak ke sana dan memang menyeronokan untuk melihat pemandangan yang indah dan pantainya lebih sesuai untuk anak-anak saya bermandi manda kerana lebih cetek dan kurang berombak. 



Maka dengan pelambung Donald Ducknya si adik mula menyertai si abang yang lengkap berjaket angin. 

Kami berenang ke sana sini tetapi masih belum berupaya memuaskan hati terutama tatkala melihat palancong mula turun untuk melakukan aktiviti snorkeling. 



Akhirnya saya menyewa peralatan snorkling dengan harga RM 10 satu untuk tempoh sesuka hati, kata si penjaganya.

Kami mula melakukan aktiviti snorkling. 

Caranya begitu mudah untuk diajarkan dan belajar mengenainya.

Pilih kawasan air yang cetek dan kalau perlu yang sekadar bergerak dengan tangan di dasar. 

Lebih mudah lagi dapatkan jaket keselamatan untuk lebih yakin dan juga sebagai pelampung kepada mereka yang tidak pandai berenang.

Mulanya hanya saya dan isteri tetapi kemudian kami kagum melihat anak sulung berusia 6 tahun begitu cekap melakukannya biarpun kali pertama.



Maka masa selebihnya digunakan olehnya manakala si mama melayan kerenah si adik yang bermain gigi air.

Saya? Bersnorkling menjelajah ke penghujung tanjung secara bersendirian dan kadangkala bertembung dengan pelancong lain.



Di sini batu karang lebih banyak dan sudah agak besar berbanding di pantai utama.

Jauh ke dalam laut anda boleh melihat pelbagai bentuk karangan manakala di bahagian tanjung sedikit berombak kuat tetapi masih sesuai untuk melakukan aktiviti ini. 

Juga melihat kelibat ketam yang memanjat batu juga seronok kerana mereka juga tidak beberapa takut dengan kehadiran anda.



Manakala dari sisi tanjung ini anda boleh melihat teluk yang sangat cantik dan jernih airnya dan pastinya pantai yang sangat memutih kelihatan lembut seperti kapas sangat mengujakan anda. 

Untuk koleksi gambar yang lain saya tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar ini dan insyallah kalau ada kesempatan saya masukan ke dalam FB mrkumai.blogspot.com sebagai arkid simpanan. 







Kami pulang ke Chalet sekitar jam 1 tengahari untuk check out sekitar 3 petang.


Terbayang ketidakpuasan bukan sahaja di wajah anak-anak saya bermain air malah di wajah ibunya sekali tetapi kami harus pulang kerana esoknya saya terlibat membantu penganjuran Thompson Trail Jamboree berbasikal di Cameron Highlands.

Anda juga boleh mengambil pakej untuk aktiviti snorkling dengan lengkap peralatan seperti gogle, safety life jacket dan anda akan dihantar ke pantai yang berdekatan menaiki bot.

Kalau tak silap saya sekitar RM 35 seorang.

Atau anda boleh memilih untuk berkayak di sekitar perairan pulau ini dengan harga sewaan kayak serendah RM 10 sejam.



Manakala bagi yang ingin menyelam, pakej yang berkaitan juga disediakan oleh beberapa pengusaha chalet di sini .  


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.