Kali pertama saya ke Pulau Kapas, Marang Terengganu adalah pada tahun 1998 bersama dengan kumpulan kecil kami, Malaysia Nature Society Pahang (MNS).
Masih saya ingat kami menyewa sebuah bot untuk 25 orang peserta yang semuda 5 tahun hinggalah ke 60 tahun.
Saya sendiri ketika itu tidak tahu langsung kewujudan Pulau Kapas ini. Sekadar mengikut kawan yang secara tiba-tiba mengajak ke sini.
Saya sendiri ketika itu tidak tahu langsung kewujudan Pulau Kapas ini. Sekadar mengikut kawan yang secara tiba-tiba mengajak ke sini.
Chaletnya sentiasa penuh dengan pengunjung dan ketika kami sampai di sini suasana di pantai di hadapan chalet ini ramai dengan pengunjung yang mandi manda.
Seperti biasa sebelum saya bercerita mengenai kunjungan saya dahulu kita kongsikan sedikit mengenai Pulau Kapas ini.
Pulau Kapas ini terletak di Marang Terengganu dan berada di dalam Laut China Selatan. Jaraknya dari pantai hanyalah 6 km sahaja atau sekitar 15 hingga 20 minit menaiki bot laju.
Nama Pulau Kapas bukan kerana terdapat banyak pokok kapas yang selalu kita gunakan untuk membuat bantal atau tilam tetapi lebih kepada kehalusan pantainya yang bersih dan putih serta lembut seperti kapas.
Pulau Kapas ini mempunyai jiran pulaunya iaitu Pulau Gimia yang bersebelahan tetapi lebih kecil.
Pulau Gimia ini juga mempunyai sebuah penginapan bertaraf resort yang sangat selesa untuk dipilih sebagai destinasi percutian.
Keistimewaan Pulau Kapas dan Gimia ini adalah kecantikan pasir pantainya yang tenang dan sangat mendamaikan mata yang memandang.
Manakala yang amatur, aktiviti snorkeling tetap menjamin kepuasan.
Maka ramailah yang datang yang sekadar ingin mencari tempat tidur yang sederhana maka Chalet Mak Cik Gemuk ini antara pilihan yang tepat bagi citarasa sebegini.
Jika mahukan keselesaan dan sedikit rasa mewah, Kapas Island Resort adalah pilihannya.
Kami tiba di tengahari dan terus bersnorkling di bahagian pantai yang menghadap Pulau Gemia. Ketika itu kami perlu mendaki bukit sebelum sampai ke pantai ini.
Malamnya pula sebahagian kami menyewa sebuah bot untuk mencandat sotong kerana musimnya sudah bermula.
Kami membawa naik hampir 20 ekor sotong dalam tempoh 3 jam itu yang akhirnya selamat di BBQ kan awal pagi esoknya.
Tetapi itu bukannya hasil tangkapan semua orang tetapi hanya sebilangan sahaja kerana ada yang tidak berhasil langsung seperti saya sendiri.
Esoknya, saya sempat mengikuti kelas menyelam yang dianjurkan sendiri oleh salah seorang jurulatih berlesen dari MNS iaitu En. Mansur.
Ketiga-tiga aktiviti di atas adalah pertama kali saya lakukan.
Snorkling-candat sotong- menyelam.
Kami pulang ke Kuantan selepas tengahari dengan membawa kenangan yang amat menyenangkan dan saya berazam untuk kembali ke sini suatu masa dahulu.
Cuma setelah hampir 18 tahun, barulah saya berkesempatan untuk kembali ke Pulau Kapas ini dan kali ini saya tidak berseorangan tetapi turut membawa keluarga kecil saya sendiri..
Ibaratnya... memberikan mereka pengalaman pertama sepertimana saya pernah alaminya di sini... insyallah dalam catatan seterusnya... kunjungan terkini

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.