Taman Teruntum terletak di penghujung Jalan Telok Sisek di Kuantan atau lebih mudah sebelum sampai ke Pantai Telok Chempedak. Letaknya betul-betuk di hadapan padang golf di situ.
Saya mengimbas kembali kenangan sekitar 1991-1996 yang mana ketika itu saya berada di Kuantan dan taman ini antara lokasi yang saya gemari selain Pantai Teluk Chempedak.
Dahulu taman ini sekadar taman biasa yang terdapat permainan kanak-kanak serta sedikit kurungan haiwan seperti burung dan arnab.
Selepas itu dinaik taraf sebagai Mini Zoo yang saya kira amat diperlukan oleh penduduk sekitar Kuantan kerana tiada kemudahan serupa di sekitarnya.
Selepas itu dinaik taraf sebagai Mini Zoo yang saya kira amat diperlukan oleh penduduk sekitar Kuantan kerana tiada kemudahan serupa di sekitarnya.
Dahulu juga taman ini menjadi tempat kami berlatih di hari sabtu sebulan sekali mengenai peraturan lalulintas di bawah Kelab Lalulintas Shell dan pastinya kepimpinan Cikgu Rahim sebagai guru kelab kami sangat berkesan dan membantu kami sepenuhnya.
Sekolah saya seringkali menjadi tiga terbaik setiap kali pertandingan lalulintas Shell dianjurkan.
Terdapat kereta mini yang menarik minat kami memandu dengan cara kayuhan kaki di sini di samping basikal dan laluan pejalan kaki.
Untuk pertandingan, kami diarahkan mengutip setiap Check Point dan perlu melalui laluan jalanraya yang di sediakan.
Kunci utama adalah mematuhi setiap arahan dan peraturan jalan raya yang disediakan.
Kunci utama adalah mematuhi setiap arahan dan peraturan jalan raya yang disediakan.
Berbalik kepada Mini Zoo Taman Teruntum, saya melihat lebih banyak haiwan telah ditambah dengan koleksi kurungan dan susun atur taman yang lebih menarik minat.
Ada kurungan rusa, lembu, seladang, burung helang, burung bangau, arnab, pelanduk, burung unta, ungka dan juga buaya.
Anak-anak saya amat tertarik dengan pelanduk atau sang kancil yang selalunya mereka tonton di TV9 dalam bentuk animasi Pada Zaman Dahulu.
Berpeluang melihat sang kancil yang sangat kecil saiznya membuatkan mereka agak lama di kurungan sang kancil ini.

Menarik juga melihat keletah burung unta yang sangat menarik bentuk badannya yang bulat tetapi mempunyai leher jinjang dan cubaan untuk mereka mematuk tangan anak saya apabila diajukan rumput.
Saya agak lama di kandang burung unta yang menempat 5 ekor burung unta dan agak banyak juga gambar saya ambil di sini.
Mungkin akan saya kongsikan nanti di dalam catatan khas untuk burung unta ini kelak.
Begitu juga kelibat dua ekor ungka (Saya rasa) yang saling mengusik sesama mereka dan apabila petugas mini zoo membersihkan pulau mereka, turut menjadi mangsa usikan.
Uniknya kedua kandang ungka ini tidak berpagar tetapi hanya berbentuk pulau sahaja yang dikelilingi kolam air selebar 2 hingga 3 meter sahaja.

Cuma saya tidak dapat melihat kelibat monyet liar yang suatu masa dahulu agak banyak dan bebas memanjat dan agak liar menghampiri pengunjunjung.
Dari taman ini sebenarnya tidak tahu terdapat trail laluan hutan untuk anda ke bahagian pantai Telok Tongkang (nama yang kami gelarkan) iaitu pantai yang bersebelahan dengan Pantai Teluk Chempedak.
Trail ini dahulunya sekadar mengambil masa 45 minit sahaja kepada kami. Sekrang usia yang meningkat ini mungkin lebih masa diperlukan untuk menamatkan perjalanan saya jika menggunakan laluan ini.
Permainan kanak-kanak masih kelihatan sama kerana dahulunya semuanya dari binaan batu bata termasuklah unit gelonsornya.
Secara keseluruhan, tidaklah terlalu berubah tetapi masih kekal sebagai taman yang mendamaikan kepada saya jika ke Kuantan.
Kali terakhir saya ke sini sekadar lalu sahaja pada tahun 2009 dan kali ini bersama dua anak kecil saya, kami singgah dan menerokai taman ini sepenuhnya.
Akhirnya mereka menghabiskan hampir 30 minit memberi rusa makan rumput sambil membelai-belai kepala rusa yang jinak itu manakala saya sekadar memerhatikan dari jauh.
Jadi bagi saya amat berbaloi untuk anda membawa anak anda ke sini kerana ianya percuma dari tempat meletak kenderaan sehinggalah berjalan-jalan di dalam mini zoo ini.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.